Posts

[Review] Skincare by Skindom

Image
Haiii....Good Morning..!! Eh tapi kat Malaysia dah tak morning dah kan?? Dah tengahari dah ni hehe saya baru je setelkan kemas rumah, buatkan breakfast untuk Alya & Ammar, laundry sme dah siap...boleh la update blog ni hehehe Hari ni rasa nak kongsi la sket pasal skincare. Nak kata kulit saya tu flawless cam retis Korea tu memang tak la kan tapi saya nak share pengalaman saya menggunakan produk dari Korea, Skindom 😍 Sooooo......sapa yang nak kulit cam orang Korea, sila la bertabah baca sampai habis ye hehehe Sebenarnya dah 2 tahun lebih dah saya menjadi pengguna setia Skindom ni. Sepanjang penggunaan, alhamdulillah saya tak mengalami sebarang masalah malah dapat rasakan perubahan positif pada wajah. Semua bermula bila saya nak cari produk untuk Facial di spa. Sebelum tu spa menggunakan produk dari Switzerland tapi saje je saya nak cuba rangkaian produk lain dari Asia. Yela sebab kulit kita di Asia ni kan lain sikit berbanding minah-minah saleh tu. So yang terdekat ada

Ketam Telur Masin

Image
Assalamualaikum... ;) Since sini kan hari Jumaat cuti so ada la lebih masa sikit nak update blog hehe Arini rasa nak share pasal resepi Ketam Telur Masin la...tapi kali ni version lain sikit dari yang saya pernah kongsikan dulu. Kalau ada yang berminat nak tengok version yang dulu, boleh check di SINI ye :) Bahan-bahan untuk kali ni lebih kurang jugak dengan yang sebelum ni cuma saya olah la sket based on apa yang ada dalam pantry kat dapur tu... So...let's check it out! Bahan-bahan: 4 ekor ketam 1 sudu besar tepung jagung 8 ulas bawang putih 4 pelepah daun kari 3 biji cili padi 4 biji telur masin (direbus) 1/2 tin susu cair 2 sudu besar butter Minyak untuk menggoreng ketam Garam secukup rasa Cara-caranya: Cuci ketam bersih & potong kepada 2 bahagian Salutkan nipis ketam dengan tepung jagung & goreng separuh masak Ketepikan ketam Cairkan butter, tambah sket minyak untuk elak butter hangus Masukkan daun kari, goreng sampai naik bau Masukkan b

Throwback.....2 tahun menghilang

Image
Hai.... Sihat semua? Dah makan ke? Lamaaaaaa betol saya meninggalkan blog ni kan? Sunyi sangat rasa kan? Hehehe Untuk menghilangkan rasa sunyi tu...saya akan cuba kongsikan antara event-event penting sepanjang 2 tahun ni dengan korang semua ye. Penting la sangat kan?? Hahaha takpela, korang layan jela ye apa yang saya nak membebel pasni hehehe Errmmmm....nak mula dari mana ek? Hahaha dari baru ke lama atau dari lama ke baru? Ke ikut suka la mana yang ingat dulu ye hehehe Saya rasa kali ni saya nak citer secara ringkas la kot perkembangan NS Parlour Spa saya tu kehkehkeh Pintu sebelah KIRI adalah untuk NS Parlour , manakala pintu sebelah KANAN adalah untuk NS Parlour Men Syukur Alhamdulillah...pada bulan September 2016, kami telah pun memulakan perkhidmatan untuk lelaki. Kami namakan NS Parlour Men . NS Parlour Men ni terletak bersebelahan dengan spa yang sedia ada cuma kami asingkan sepenuhnya tempat rawatan untuk pelanggan lelaki & juga perempuan. Yela...kalau

Apa jadi dengan NS Parlour Spa???

Image
Assalamualaikum.... Hari tu kan Najah dah janji nak citer pasal spa Najah tu kan, NS Parlour :) So hari ni la de masa & feel sket nak story pasal "anak" kesayangan sorang tu hehehe Alhamdulillah...sekarang kami dah ada bahagian untuk lelaki jugak tau ;) Alhamdulillah...sedar tak sedar, bulan November 2017...genap la usia NS Parlour 3 tahun. Tak terasa pun kan? Sepanjang 3 tahun ni, banyak yang kami lalui yang banyak mengajar kami erti sebenar sebuah bisnes. Since bidang spa ni memang saya suka, jadi takde lah terasa sangat beban ke apa kan sebab memang suka ;) Dalam suka tu pun....banyak juga la duka nye hehe tapi walau apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah disebalik semua kan? Kami beroperasi 6 hari seminggu dari hari Selasa hingga Ahad. Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam Sebenarnya since akhir tahun 2014 lagi saya dah dapat berita yang akan berhijrah ke Ruwais ni. Masa tu spa baru je beroperasi dalam sebulan huhu kebetulan masa tu jugaklah Abi dapat ta

Seminggu di Ruwais (Part 2)

Image
Selepas kitorg dah rehat & segarkan diri...misi seterusnya adalah untuk berkenalan dengan Ruwais ni hehe Abi bawak kitorg ronda-ronda pusing kat housing complex ni. Memang luas sangat kawasan dia. Di mata saya memang semua nampak sama je. Memang banyak sangat pembangunan yang sedang giat dijalankan. Banyak lagi housing area yang masih lagi under construction. Maknanya ramai lagi la yang akan bawak family ke sini kan. Apa yang best kat sini, fascilities dia semua lengkap. Ada sekolah, ada hospital, ada pasar, ada shopping mall, ada recreational center...pendek kata, macam-macam la. Selesa sangat sebab semua kat 1 kawasan je. Xde nak kena harung jem ke pape kan. Yang paling best, dalam 2 min je jalan kaki dari rumah kami ada Lulu Hypermarket. So andai kata ada barang dapur pape yang tetiba tak cukup, boleh la lari gi beli jap kan hehe Sekarang ni musim panas kat sini jadi semua aktivity tertumpa pada indoor activities jela. Activity outdoor kita tunggu time winter nanti jela ka