[Review] Skincare by Skindom

Haiii....Good Morning..!! Eh tapi kat Malaysia dah tak morning dah kan?? Dah tengahari dah ni hehe saya baru je setelkan kemas rumah, buatkan breakfast untuk Alya & Ammar, laundry sme dah siap...boleh la update blog ni hehehe

Hari ni rasa nak kongsi la sket pasal skincare. Nak kata kulit saya tu flawless cam retis Korea tu memang tak la kan tapi saya nak share pengalaman saya menggunakan produk dari Korea, Skindom 😍

Sooooo......sapa yang nak kulit cam orang Korea, sila la bertabah baca sampai habis ye hehehe

Sebenarnya dah 2 tahun lebih dah saya menjadi pengguna setia Skindom ni. Sepanjang penggunaan, alhamdulillah saya tak mengalami sebarang masalah malah dapat rasakan perubahan positif pada wajah.


Semua bermula bila saya nak cari produk untuk Facial di spa. Sebelum tu spa menggunakan produk dari Switzerland tapi saje je saya nak cuba rangkaian produk lain dari Asia. Yela sebab kulit kita di Asia ni kan lain sikit berbanding minah-minah saleh tu. So yang terdekat adalah Korea dan Japan la kan. Tapi tak tau kenapa saya lagi tertarik dengan produk Korea kerana kita tau yang Korea memang terkenal dengan teknologi diorang dalam menghasilkan skincare yang berkualiti.

Ciri-ciri utama yang saya cari dalam skincare, mestilah diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Kenapa kena semulajadi? Sudah tentulah kita tak nak muka kita rosak disebabkan oleh kesan bahan-bahan kimia semua tu kan? Sayang kot muka...kalau dah rosak, memang laaagiiiiii la susah nak dirawat. Lebih baik la kita berhati-hati kan...

Puas mencari, Google sana sini...maka berjumpalah saya dengan Skindom ni. Dia memenuhi semua kehendak saya iaitu diperbuat daripada bahan semulajadi, produk yang berasaskan air & macam-macam lagi la 😃

Bermula dari situ saya mula menggunakan product range Skindom ni yang terdiri daripada
  • Lip & Eye Make Up Remover
  • Define Cleansing Milk for Neutral
  • Moisturizing Toner
  • Hydrating Moisture Ampoule
  • Luxury Cell Collagen Peptide Cream
  • Luxury Cell Peptide CC Cream
Haaa...mesti korang rasa cam banyak kan? Tapi ni lah sebenarnya basic items yang kita perlu ada untuk skincare kita tau hehe since kulit saya ni jenis kulit kering, so semua pilihan saya ni memang untuk menambahkan lembapan pada kulit. Bagi orang yang kulit berminyak, ada la range yang lain untuk korang. So jangan risau ye 😚

Nampak tak kulit muka saya yang kusam & tak bermaya ni? 😒

Tona kulit memang tak sekata kan? Nampak kekusamannya?
Dengan jerawat 2-3 biji di dagu tu huhu parut tak yah cakap la hehe 😑

Memang lepas pakai semua ni, setiap hari la saya dok telek and perhati je muka haha yela sebab pakai ni bukan untuk diri sendiri je tapi untuk bakal-bakal customer jugak nanti kan. Kalau ada pape yang tak kena, kena la take note supaya nanti orang lain pun takde la kena kesan dia jugakkan.

Selepas beberapa bulan dengan Skindom, kulit jadi lebih bermaya
Nampak lebih lembap & halus
Parut tu memang ambil masa la sikit 😌

Syukur alhamdulillah...sepanjang tempoh pemerhatian saya, tak ada pape yang tak diingini yang terjadi hehe tapi saya dapat rasakan yang kulit saya semakin lembap. Dah tak ada dah kulit-kulit kering di sekitar tepi hidung & pipi. So memang saya puas hati.

Ni pun muka tanpa make up
Jauh kan beza dengan gamba yang mula-mula tu? Hehehe

Lepas sebulan, saya tambah plak dengan Vitamin C Treatment Serum. Maklumla, saya ni jenis kulit muka yang tak sekata. Pastu parut jerawat pun semua gelap huhu jadi sekali naik jerawat, nak hilangkan parut dia tu punya la susah huhu

Jerawat yang kt kening dah hilang, dia naik pulak kt bawah mulut tu
Memang tak leh nak buat apa dah jerawat ni. Lantak dia la, janji lepas
naik dia hilang. Kalau dia tak hilang, memang stress hehe 😜

Apa yang best pasal Skindom ni, dia xbuat muka saya mengelupas atau rasa panas atau jadi terlalu berminyak. Just nice je...memang slowly saya nampak perbezaan pada tekstur kulit saya. Dari yang kering, rasa kasar & nampak kusam....kulit saya jadi makin lembap, tekstur pun makin halus & cerah.

Di Langkawi, proses menggelapkan kulit 😖

Nak dijadikan cerita, saya dan keluarga bercuti ke Langkawi pada awal tahun 2015. Ya Rabbi....habis kulit saya sunburn. Mana tak nya, tiap hari main air laut...berendam tak ingat dunia huhu padan la muka kan hahaha baru ada gaya nak elok sikit muka ni.

Masa ni senyum la lagi sebab tak sedar diri lagi.
Dah balik baru terkejut bila tengok muka sendiri huhu

Dalam keadaan stress dengan muka sendiri, saya tukar lagi serum sebab saya nak efek yang LEBIH power. Nak cepat la sikit recover dari sunburn, muka berbelang, kusam huhu pendek kata...huduhhh la hahaha jadi saya pun mencuba 24K Gold Collagen Serum. Saya punya first impression kat serum ni...MEMANG POWER!!! Dia punya power sama macam saya combine Hydrating Moisture Ampoule & Vitamin C Trearment Serum.

Haahhh!!! Hangus bak haaannnggg!!!
Dengan merah sebab burn sme cukup la

Dia punya efek pun lebih cepat, kulit kering mengelupas saya terus hilang, Tona kulit yang tak sekata semakin pulih, yang paling obvious...parut-parut jerawat saya hilang. Saya ni memang jenis banyak parut jerawat kat kawasan bawah mulut & dagu. Situ jela favourite spot kalau naik jerawat. Jadi memang semua parut tertumpu kat situ je.

Haaa pelan-pelan dia recover balik selepas menggunakan Gold Collagen Serum

Sejak pada tu, 24K Gold Collagen Serum tu memang jadi saya nya kawan baik. Kesan sunburn saya pun cepat je hilang. Saya cuma sapukan 24K Gold Collagen Serum tu tiap malam, saya combine dengan aloe vera gel & jadikan sleeping mask. Bila bangun pagi...kulit memang terasa tegang, segar & betul-betul saya dapat nikmati efek toing...roing...macam dalam iklan kat TV tu hehe puas hati sangat... 😄

Alhamdulillah...rasa bertuah sangat sebab jumpa serum yang best ni.
Memang banyak sangat perubahan sejak saya amalkan serum ni

NO make up, even compact powder pun tak pakai.
Only lipstick je sebab cari lipbalm saya tak jumpa hehe

Dalam cuaca sejuk pun muka saya tak kering tapi kekal lembap & yang paling
penting, kesan glowing tu yang buat saya betul-betul jatuh cinta

Bagi korang yang nak mencuba, boleh la hubungi staff di NS Parlour Spa. Diorang boleh bagi consultation apa yang terbaik untuk kulit. Yang paling penting, diorang juga akan kongsi tips-tips kecantikan untuk korang. Kadang-kadang, benda yang kita anggap remeh tu la sebenarnya yang membantu kulit kita untuk jadi lebih cantik 😻😻

Saya share kan contact details NS Parlour ye...
📱 Hotline : 017.305.6158 (Kak Ell)
📞 No Spa : 03.8923.1376
📌 Alamat : No 24, Jalan Pinggiran Putra 4A/1, Desa Pinggiran Putra, 43000 Kajang, Selangor
🌏 Google / Waze : NS Parlour Spa & Reflexology

Ni saya share beberapa keping lagi gambar latest...ecehhh bajet retis la plk kan?? hahaha Takdelah, saje je nak share keterujaan sebab benda elok, kena la kita kongsi. Biar sama-sama kita dapat rasa kebaikan dia kan...😘😊😉

Muka selepas 7 jam dalam ✈ & continue 2 jam lagi perjalanan dengan 🚗😃
Jerawat tu memang setia nak ikut je ke mana pun kan? Huhu





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal