Throwback.....2 tahun menghilang

Hai....

Sihat semua? Dah makan ke?

Lamaaaaaa betol saya meninggalkan blog ni kan? Sunyi sangat rasa kan? Hehehe
Untuk menghilangkan rasa sunyi tu...saya akan cuba kongsikan antara event-event penting sepanjang 2 tahun ni dengan korang semua ye. Penting la sangat kan?? Hahaha takpela, korang layan jela ye apa yang saya nak membebel pasni hehehe

Errmmmm....nak mula dari mana ek? Hahaha dari baru ke lama atau dari lama ke baru? Ke ikut suka la mana yang ingat dulu ye hehehe

Saya rasa kali ni saya nak citer secara ringkas la kot perkembangan NS Parlour Spa saya tu kehkehkeh

Pintu sebelah KIRI adalah untuk NS Parlour, manakala
pintu sebelah KANAN adalah untuk NS Parlour Men

Syukur Alhamdulillah...pada bulan September 2016, kami telah pun memulakan perkhidmatan untuk lelaki. Kami namakan NS Parlour Men. NS Parlour Men ni terletak bersebelahan dengan spa yang sedia ada cuma kami asingkan sepenuhnya tempat rawatan untuk pelanggan lelaki & juga perempuan. Yela...kalau saya pun pasti rasa tak selesa kalau tahu lelaki boleh keluar masuk masa saya tengah diurut ke apa kan. Jadi, seeloknya kita asingkan siap-siap hehe


Bagi pelanggan lelaki....terapis yang bertanggungjawab juga adalah terapis lelaki. Jadi para isteri jangan risau ye....takde perempuan lain yang boleh mengurut suami anda hehehe kalau saya pun risau orang lain dok urut suami saya. Kang lain pulak jadinya....lagi haru!! Huhu


Treatment: Foot Reflexology

Treatment: Facial Treatment

Treatment: Cupping / Bekam

Lagipun tak manis kan dan bertentangan dengan agama jugak orang yang bukan mahram kita dok urut atau buatkan foot spa kat kita kan? Dari nak pening di kemudian hari, baiklah kita bersedia & berjaga dari awal.

New Pedicure & Manicure Station

New Facial Treatment Room

Selain daripada tu, spa untuk wanita juga telah berjaya di expand hehe kalau dulu hanya di tingkat atas sahaja, sekarang kami telah melebarkan sayap ke tingkat bawah juga. Jadi, lebih la sikit pelanggan yang boleh datang serentak dan terapis perempuan juga semakin ramai berbanding dulu =) Kira ada improvement la jugakkan walaupun orang selalu kata spa saya tu terpencil sikit hehe rezeki Allah tu kan luas, so kena la kita usaha sebaiknya...

Treatment: Facial Treatment using LED Mask

Treatment: Foot Reflexology & Body Massage

Treatment: Sauna

Treatment: Pedicure

Treatment: Manicure

Treatment: Facial Treatment

Treatement: Hair Spa & Hair Treatment

Treatment: Kids Bubble Bath

Treatment: Kids Spa Party

Dari segi treatment pun kita dah ada pelbagai treatment dan pakej yang merangkumi facial, body treatment, pedicure & manicure, foot spa, hair treatment & pelbagai lagi. Untuk facial, kami juga ada menyediakan pelbagai jenis facial untuk masalah kulit muka yang berbeza. Beautician kami dapat memberikan tips & nasihat mengenai jenis dan kondisi kulit wajah pelanggan.

Jadi....nih la dulu perkembangan mengenai spa. Nanti saya akan cerita lagi selanjutnya ye ;)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

[Review] Skincare by Skindom