Apa jadi dengan NS Parlour Spa???

Assalamualaikum....

Hari tu kan Najah dah janji nak citer pasal spa Najah tu kan, NS Parlour :) So hari ni la de masa & feel sket nak story pasal "anak" kesayangan sorang tu hehehe

Alhamdulillah...sekarang kami dah ada bahagian untuk lelaki jugak tau ;)

Alhamdulillah...sedar tak sedar, bulan November 2017...genap la usia NS Parlour 3 tahun. Tak terasa pun kan? Sepanjang 3 tahun ni, banyak yang kami lalui yang banyak mengajar kami erti sebenar sebuah bisnes. Since bidang spa ni memang saya suka, jadi takde lah terasa sangat beban ke apa kan sebab memang suka ;) Dalam suka tu pun....banyak juga la duka nye hehe tapi walau apa pun yang terjadi, pasti ada hikmah disebalik semua kan?

Kami beroperasi 6 hari seminggu dari hari Selasa hingga Ahad.
Dari pukul 10 pagi hingga 10 malam

Sebenarnya since akhir tahun 2014 lagi saya dah dapat berita yang akan berhijrah ke Ruwais ni. Masa tu spa baru je beroperasi dalam sebulan huhu kebetulan masa tu jugaklah Abi dapat tawaran untuk bekerja di Ruwais, Abu Dhabi. Tapi masa tu dia buat keputusan untuk datang ke sini dulu, orang kata survey keadaan dlu pastu baru la saya dan anak-anak menyusul. Pada masa yang sama saya kena la berusaha untuk stabilkan spa so that bila saya tinggalkan spa nanti dia boleh jalan sendiri.


Pejam celik pejam celik...2 tahun Abi di Ruwais & pada akhir Januari 2017 dia membawa khabar bahawa dia dah dapat rumah yang disediakan oleh pihak majikannya. Jadi bermula Januari tu saya pun mula la pening kepala atur strategi macam-macam. Dari Plan A sampai la ke Plan Z saya atur hahaha yela sebab tak tahu apa yang terbaik untuk semua kan.


Keadaan masa tu macam ditelan mati Mak, diluah mati Bapak hehehe kalau tak ke Ruwais, yang ditinggalkan suami. Memang dalam Islam pun dah nyatakan yang tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya kan? Tapi kalau saya pergi, tanggungjawab saya pada spa macam mana pulak? Memikirkan pekerja-pekerja, pelanggan tetap yang setengah tu sampai jadi kawan baik la pastu 1 lagi keluarga saya di Malaysia.


Saya ni kan anak mama abah...dah kawin & beranak pinak pun dok dengan parents lagi hehehe jadi memang berat sangat rasa hati ni. Tak tau apa jalan yang terbaik yang harus saya ambil...Puas pikir, saya sendiri tak ada jalan keluar. Jadi, saya memang bertawakal sepenuhnya pada Allah. Doa saya siang malam supaya dipermudahkan urusan saya & diberikan petunjuk apakah jalan yang terbaik buat semua.

Puan Dianna dan teamnya. Alhamdulillah mereka semua sangat positif dan begitu
mudah mesra & senang untuk bekerjasama :)
Thanks Dee :)

Syukur Alhamdulillah...doa saya dijawab oleh-NYA. Saya dipertemukan dengan pelanggan tetap saya yang juga merangkap Guru bagi anak-anak saya, dia lah Puan Dianna Razali. Dia merupakan pengusaha tadika & taska TBC Junior. Memang di luar pemikiran saya pada permulaan tu untuk bekerjasama dengan "orang asing". Yela, yang dapat saya pikirkan masa tu hanya ahli keluarga terdekat je tapi Allah buka pintu hati saya & juga hati Puan Dianna untuk kami sama-sama bekerjasama.

Syukur...syukur...syukur...tak tau macam mana saya nak gambar kan, tapi selepas kami bersetuju untuk bekerjasama, pelbagai peluang & idea yang muncul sampaikan rasa sayaaaaaannngggg sangat-sangat nak tinggalkan spa bila kita dah ada TEAM yang sesuai. Tapi saya kuatkan hati kerana saya percaya, setiap apa yang berlaku ni pasti ada hikmahnya yang lebih besar.

Walaupun sekejap sahaja proses transition kami tapi Puan Dianna dan pasukannya melakukan kerja dengan sangat baik. Banyak pembaharuan yang dibawa & banyak yang saya belajar dari cara beliau menguruskan organisasi beliau. Bagi saya, kami saling melengkapi antara satu sama lain.

Last day before flying to Abu Dhabi. Sedih sangat nak meninggalkan spa ni tapi
saya percaya bahawa ini adalah yang terbaik buat saya ;)

With Dianna & Ang :)

Saya berdoa & berharap semoga kerjasama yang pada mulanya hanya sebagai rakan bisnes akan terus berkembang menjadi rakan baik dunia dan akhirat. Saya benar-benar berterima kasih kepada beliau kerana telah banyak membantu saya dalam menguruskan hal spa. Sesungguhnya, beliaulah jalan yang telah Allah temukan pada saya....Alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

[Review] Skincare by Skindom