Seminggu di Ruwais (Part 2)

Selepas kitorg dah rehat & segarkan diri...misi seterusnya adalah untuk berkenalan dengan Ruwais ni hehe Abi bawak kitorg ronda-ronda pusing kat housing complex ni. Memang luas sangat kawasan dia. Di mata saya memang semua nampak sama je. Memang banyak sangat pembangunan yang sedang giat dijalankan. Banyak lagi housing area yang masih lagi under construction. Maknanya ramai lagi la yang akan bawak family ke sini kan.

Apa yang best kat sini, fascilities dia semua lengkap. Ada sekolah, ada hospital, ada pasar, ada shopping mall, ada recreational center...pendek kata, macam-macam la. Selesa sangat sebab semua kat 1 kawasan je. Xde nak kena harung jem ke pape kan.

Yang paling best, dalam 2 min je jalan kaki dari rumah kami ada Lulu Hypermarket. So andai kata ada barang dapur pape yang tetiba tak cukup, boleh la lari gi beli jap kan hehe

Sekarang ni musim panas kat sini jadi semua aktivity tertumpa pada indoor activities jela. Activity outdoor kita tunggu time winter nanti jela kan. Baru la best sikit nak lepak kat park ke pape kan.

Mall ini kami yang punyaaaa~~~

Bagi budak 2 orang ni, benda yang diorang tanya is.....kat sini ada mall tak Abi? Hahaha so petang ni kita jalan-jalan ronda kat mall la dulu :)


Mall dia boleh tahan besar la jugak. Kira cukup la untuk lepak, shopping or nak berjimba ke kan hihi siap ada cinema, bowling alley, taman tema kanak-kanak, macam-macam lagi la dalam mall ni

Starbucks pun ada uols =)

Lepas dah puas ronda-ronda kat mall, kami pun balik dan kemas barang-barang yang dibeli dan juga stok makanan yang dibawa dari Malaysia. Maklum la, umah ni de pantry yang best kat dapur. Memang syok la mengisi bahan-bahan kan.

Nampak tak stok cili kering tu? Siap bungkus dalam beg
vacuum pack lagi sebab nak jimat ruang hahaha

Jangan terkejut, bawang putih jeruk pun ada tau
Ni untuk habuan makan dengan nasi kerabu nanti hihi

Stok keropok keping & ikan bilis
Rasanya setahun pun belum tentu abis tu hahaha

Meh saya kongsi sikit bahagian lain dalam rumah ni ye. Tapi bahagian yang agak complete jela, bahagian lain lopong je pun lagi. Dah complete nanti saya share lagi ye ;)

Kitchen: side 1

Kitchen: side 2

Laundry Room

Selain daripada tu, hari-hari kami di sini biasa jela. Menjalankan rutin harian sebagai housewife la katakan hehehe mengemas, masak, buat laundry, main dengan budak 2 orang ni yang xde aktiviti gak lagi hehe tu jela kisah kitorg seminggu di Ruwais. Semoga hari-hari mendatang ni ada lagi la kisah yang lebih menarik untuk dikongsi kan :)

Byeee.....~~

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

[Review] Skincare by Skindom