Ketam Telur Masin

Assalamualaikum... ;)

Since sini kan hari Jumaat cuti so ada la lebih masa sikit nak update blog hehe
Arini rasa nak share pasal resepi Ketam Telur Masin la...tapi kali ni version lain sikit dari yang saya pernah kongsikan dulu. Kalau ada yang berminat nak tengok version yang dulu, boleh check di SINI ye :)

Bahan-bahan untuk kali ni lebih kurang jugak dengan yang sebelum ni cuma saya olah la sket based on apa yang ada dalam pantry kat dapur tu...

So...let's check it out!

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ketam
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 8 ulas bawang putih
  • 4 pelepah daun kari
  • 3 biji cili padi
  • 4 biji telur masin (direbus)
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu besar butter
  • Minyak untuk menggoreng ketam
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya:
  • Cuci ketam bersih & potong kepada 2 bahagian
  • Salutkan nipis ketam dengan tepung jagung & goreng separuh masak
  • Ketepikan ketam
  • Cairkan butter, tambah sket minyak untuk elak butter hangus
  • Masukkan daun kari, goreng sampai naik bau
  • Masukkan bawang putih & cili padi, tumis sampai wangi
  • Masukkan telur masin. Untuk telur masin ni saya ambil semua telur merahnya dan tambah dengan telur putih dari sebiji telur. Hancurkan dulu telur ni sebelum kita masukkan ke dalam kuali
  • Lepas dah masukkan, bila dia dah mula berbuih, masukkan susu cair
  • Kacau sebati terus masukkan ketam yang separuh masak tadi
  • Gaul sekata & boleh lah tambah garam secukup rasa jika perlu.
  • Kalau nak kuah lebih, lebihkan susu cair tadi tu
Jadi...ini lah hasilnya......saya tak buat kuah lebih, cukup untuk menyaluti ketam tu je hihi 


Selamat Mencuba!!! ;)

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

[Review] Skincare by Skindom