Seminggu di Ruwais, Abu Dhabi (Part 1)

Isk...isk...isk...tak sangka btol, cepat sangat masa berlalu. Dah seminggu dah rupanya kami di Ruwais. So far, saya dan anak-anak alhamdulillah. Takde pape yang nak dirungutkan hehe semua keperluan kami Abi dah siapkan sebelum kami sampai, cuma ada la sikit-sikit lagi yang nak tambah. Tapi semua yang wajib-wajib tu dah tersedia =)

Saya nak kongsi sikit la perjalanan kehidupan kami sepanjang seminggu kami di sini :)

Setibanya kami di Abu Dhabi International Airport, alhamdulillah orang tak ramai berbanding masa mula-mula saya datang dulu dengan anak-anak je. Punya la lama kena beratur, orang takde lah ramai mana tapi biasala....orang yang kat kaunter tu yang santai-santai je bekerja hehe mungkin tu dah budaya kerja diorang kan, so kena la ikut je kan...

Dari airport kami naik airport taxi ke Etihad Plaza di mana Abi park kereta dia. Park kat sini free je berbanding dengan park kat airport tu huhu maklumla, di kala ekonomi pun xbrapa nak bagus ni...kat mana yang kita boleh jimat, kita jimat la kan...


Dari Etihad Plaza kami pun memulakan perjalanan ke Ruwais. Perjalanan ke Ruwais ambil masa dalam 2 jam la jugak huhu dah macam ke Ipoh je dari KL kn. Sepanjang perjalanan tu tak ada apa yang menarik pun. Cuma padang pasir je hehe pastu ada banyak construction. Skali skala jumpa hentian minyak, ala-ala R&R kat Malaysia tu la.




Dah lama dalam kereta sure la bosan kan? Terutama skali budak 2 orang ni. So....untuk hilangkan rasa bosan, kita pun berhenti la makan breakfast. Lagipun memang diorang dah lapar sebab diorang tak makan masa dalam flight. Diorang memang tido je dalam flight sebab flight kami kol 2.10 pagi hehe


Untuk breakfast ni kitorg berhenti kat kedai nama SFC. Dia ala-ala KFC la tapi ada kelainan dia. Pagi ni kami order kids meal: nuggets untuk Ammar, kids meal: chicken burger untuk Alya. Ummi order cheese sticks je pastu Abi order beef burger apa ntah. Semua makanan dia sedap. Cheese sticks dia memang terbaik sangat. Bila gigit & tarik, cheese dia memang tertarik je....fuhhh!! Ni baru la btol-btol feel macam dalam iklan kat TV tu kan hehehe burger Abi pun sedap, memang terasa btol daging kat patty dia tu. Cam kita makan burger bakar tu kan...nyuuuummmmssss....


Lepas dah makan kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke Ruwais. Lepas dah kenyang makan, bukan budak-budak je tido. Ummi pun join tido skali, sedar-sedar Abi kejut sebab dah sampai umah dah hahaha



Rumah Abi.....fuhh!! Boleh tahan besar la jugak, dah la 2 tingkat. Ni first time Ummi tengok rumah yang banyak BILIK. Mana tak nya, semua ruang adalah bilik. Bilik TV, bilik makan, bilik laundry, bilik keluarga, bilik tido & bilik air tu memang wajib la kan. Jenuh la Ummi nak mengemas setiap hari nanti huhu

Okay...cukup kat sini dlu, nanti saya sambung lagi kisah rumah dan bilik-bilik nya ni ye hehehe panjang lagi kisah nak citer ni walaupun baru je seminggu kat sini hehe

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

[Review] Skincare by Skindom