A New Beginning: Life in Ruwais, Abu Dhabi

Assalamualaikum...

Pada tanggal 29/7/2017....kami sekeluarga dengan rasminya berhijrah ke Ruwais, Abu Dhabi :)
Dengan ini, keluarga kecil kami berjaya disatukan kembali hehe seperti ada yang tahu, sebelum ni suami saya memang bekerja di Ruwais. Dah 2 tahun dia bekerja di sini dan sepanjang 2 tahun ni memang kami adalah keluarga PJJ hehehe

Family kecik saya

Maybe sebab sebelum ni pun dah biasa masa dia bekerja di Gurun, Kedah. Tapi sekurang-kurangnya tiap minggu kami akan berkumpul. Bila dia bekerja di sini, maknanya masa kami sekeluarga bersama semakin terhad. Kami akan berjumpa dalam 3-4 bulan sekali sama ada saya dan anak-anak akan ke mari atau suami yang akan pulang ke Malaysia.

Kebiasaanya memang dia yang akan balik sebab kos perjalanan dia lagi murah berbanding kami nak ke Ruwais ni kan hehe lagipun lagi senang untuk dia travel sebab dia sorang, berbanding saya yang terpaksa mengangkut "hand carry" 2 orang ni hehehe

Syukur Alhamdulillah, akhirnya kami telah disatukan kembali di bawah 1 bumbung :) Tak perlu lagi untuk kami berjauhan...

Keluarga besar saya =) Adik beradik, mama abah, acu, uncle, cousins sme ikut menghantar kami di KLIA aritu
Meriah dia, mengalahkan orang nak gi Haji. Orang gi Haji pun x seramai ni yang menghantarkan??? Hahaha

Meriahkan airport dengan family saya? Hahaha maklumla, nak berhijrah jauh kot. Lagipun saya ni tak pernah berjauhan dengan keluarga. Paling jauh pun masa belajar kat UTP dulu je. Tu pun tiap minggu balik hahaha pastu lepas abis berpantang Ammar ada la jugak pindah dok kat Gurun. Tu pun setahun je, tu pun boleh katakan 2 minggu sekali kami akan balik huhu memang orang selalu cakap saya ni PA mama dengan abah sebab tak pernah berjauhan dengan diorg hehehe

Tapi nak buat macam mana kan, saya ada tanggungjawab yang lagi besar yang saya kena tunaikan, Mula-mula memang la rasa sedih & rindu. Tapi kat sini pun bukannya dok dengan orang lain, dengan suami dan anak-anak. Orang yang amat saya sayangi ;)

Ada yang bertanya, macam mana saya sesuaikan hidup di Ruwais? Haaa apa lagi...kita mulakan dengan buat kerja rutin harian la. Baru la mesra dengan rumah baru hehe bila dah mesra baru la tak rasa homesick ke apa kan...hihi


Sudah semestinya bila di Ruwais ni, rutin harian saya pun berubah 180 darjah. Dari ibu yang konon-konon bekerjaya kepada ibu & suri rumah sepenuh masa hehe maklumla, masa kat Malaysia sibuk uruskan anak-anak dan juga spa. Kat sini memang 100% masa saya dengan anak-anak je la. Pasti ada hikmahnya atas apa yang berlaku kan. Kita just follow the flow je bak kata mat saleh tu ;)

Apa jadi dengan spa bila saya berhijrah??? Haaa...akan saya kongsikan dalam post akan datang ye. Nanti melarat sangat plak post kali ni...

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

[Review] Skincare by Skindom