NS Parlour: Promosi March

Assalamualaikum...

Ihikss...Mac telah pun berlalu, baru ni la saya sempat nak kongsi cerita mengenai promosi kami di bulan lepas iaitu Body Whitening yang terdiri daripada body scrub dan juga flower and milk bath. Alhamdulillah, pakej ini memang mendapat sambutan. Kebanyakan pelanggan kami akan melakukan bersama body massage. Jadi lengkap la pakej body treatment mereka dengan harga yang sayang berpatutan =)



Selain daripada Body Whitening, kami juga mengadakan promosi bagi pakej Pedicure & Manicure kami. Pakej ini juga laris di pasaran kerana bagi mereka yang sedang "bercuti", sudah tentulah tak dapat nak menikmati milk bath kan? Jadi sudah tentulah pakej ini yang menjadi rebutan hehe


Memandangkan spa kami yang berkonsepkan "kekeluargaan", sudah semestinya kami menyediakan sesuatu yang istimewa untuk anak-anak gadis kita yang comel-comel tu...Bersempena cuti sekolah di bulan Mac, kami turut mengadakan promosi Kids Spa, khas untuk kanak-kanak. Kami turut berasa gembira kerana ramai ibu-ibu yang membawa anak gadis mereka untuk menikmati mother-daughter spa day ketika cuti sekolah tempoh hari. Sungguh bahagia hehe


Bukan mak je yang dapat memanjakan diri dari hujung rambut sampai hujung kaki...anak-anak pun dapat menikmatinya juga. Senyuman dan kegembiraan di setiap riak wajah anak-anak gadis yang datang memang tak dapat nak digambarkan....kami pun turut berasa gembira =)

Alhamdulillah, syukur pada mereka yang sudi datang =) Bagi yang tak berkesempatan nak datang bulan lepas, jangan risau kerana bulan ini kami ada menyediakan pakej yang lebih menarik untuk anda =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158


Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal