"Lunch Date" dengan Alya di Italiannies, Alamanda

Assalamualaikum....

Antara kelebihan apabila menjadi SAHM, WAHM atau menjalankan perniagaan sendiri adalah fleksibiliti mata. Jadi kita boleh susun jadual kerja supaya dapat kita selitkan aktiviti bersama anak-anak. Tidak semestinya perlu tunggu hujung minggu atau pada cuti sekolah sahaja. Dan tak semestinya aktiviti dengan anak itu perlu untuk dibawa bercuti je. Macam-macam yang kita boleh buat dengan mereka walau sekadar untuk keluar makan =)

Image result for girls day out
Pada Jumaat lepas, saya dan Alya menjalankan aktiviti girls day out kami =) Hanya kami berdua je. Bukan ke mana pun, sekadar lunch di Italiannies dan juga membeli barang keperluan di AEON Big, Alamanda hehe

Jadi, saya nak kongsi la sikit pengalaman lunch date kami hari tu....

Bila dah sampai Alamanda, saya tanya la Alya nak makan apa? Seperti yang saya jangka, mesti dia akan jawab dia nak makan macaroni & cheese. Ni kira makanan kegemaran dia lah. Tapi macaroni & cheese dia ni unik sket sebab alfredo dan carbonara pun dia panggil macaroni & cheese gak hahaha selamatlah kan...janji yang color putih atau yang nampak creamy tu kira betol la tu hehe

Since it's a "lunch date", Ummi pun pilih la tempat yang best sikit, kononlah...padahal Alya dah warning awal-awal yang dia takmo makan kan food court huhu demanding betol anak dara sorang ni hehe jalan punya jalan, nampak Italiannies...so, boleh jela kan...

Menarik jugak Quick Lunch Promo ni =)
Ummi pun lapar jugak ni hehe

Sebelum masuk, kami dah ternampak iklan ni di luar. Menarik jugak! Mana taknya, dengan hanya RM18.90++ lepas dah tu untuk Ummi & Alya. Memang jimat la kan. Kalau makan kat food court pun lebih kurang ni gak. Kot-kot lebih dengan air la sme kan...

Jadi bila masuk kami pun order mana-mana yang masuk kategori untuk dapatkan Kid's Eat Free tu hehe belek punya belek kami pun decide la masing-masing nak makan apa jadi ni lah hasilnya....


Mula-mula diorang hantar roti ni. Bolehlah kita kunyah-kunyah dulu kan sementara makanan kita nak sampai. Sedap roti ni, terutama yang belakang tu. saya suka sangat. Dia macam ada letak herbs sikit kot dalam roti tu...entahlah, memang tak reti nak komen sebab memang tak pandai pun buat roti hahaha yang pasti sedap la... =)


Baru makan sekeping roti, starter Ummi dah sampai. Dia boleh pilih samada nak salad atau sup. Saya pilih salad sebab memang dah set dalam kepala otak nak makan salad arini hehe konon untuk kesihatan la kan ngeee (^_^)


Haaa ni lah dia main course yang Ummi pilih, chicken parmigiana apa ntah hahaha tak ingat nama dia hehe memang kenyang sangat perut sampai tak leh nak habiskan. Tapi ku gagahkan jua...sebab cam membazir la plak. Patut amik main course je 1 kan. Tak yah nak salad segala bagai hehe ni lah akibatnya bila pesan makanan di kala perut tengah kelaparan huhu


Ni la so called Alya nyer mac & cheese =) Memang sedap spaghetti alfredo ni. Dia nyer creamy tu...memang kembang la jugak pipi Ummi ni nak telan haha tapi tengok Alya layan je makan, kena la tuh dengan tekak dia rasanya tu...okaylah, janji Alya kenyang & happy dapat dating dengan Ummi hari ni hehehe


Tu la dia kisahnya lunch date kami..dengan kos RM21.90, perut kami sampai macam nak pecah....dapat borak-borak & catch up dengan Alya. Siap bergosip lagi, tu yang tak tahan tu haha macam-macam princess Ummi sorang ni hehe pengalaman yang kecik-kecik macam ni yang akan kami ingat & cherish sampai bila-bila insyaAllah =)

xoxo,

Najah =)
017.305.6158

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal