Aktiviti Cuti Sekolah

Cuti persekolahan dan sampai ke penghujung dah ni...mesti muka dah monyok balik dah budak-budak sme ye hehe sama la macam Alya, dah dok kira hari je bila nak kena ke sekolah balik =)

Tapi syukur Alhamdulillah, sempat jugaklah luangkan masa dengan dia semasa cuti sekolah ni. Takdelah dia bosan sangat lepak kat rumah je dengan bibik & adik Ammar hehe

Dalam dok pikir-pikir apa lah yang nak buat dengan Alya ni, tetiba teringat yang kat IOI City Mall, Putrajaya ni ada ice skating rink. Alya tak pernah lagi cuba...mesti dia suka sebab selalu tengok dalam TV je kan? Ni dia bley cuba sendiri...bila bagitau dia, punya la dia excited hahaha sampai tak dan-dan (bahasa utara untuk tak nyempat-nyempat hihi) dah Ummi ni nak bersiap hehe

Haaa nampak tak muka keterujaan masing-masing

Nasib la aunty su dia ada, bley la tolong bawakkan kereta. Kalau macam ni gayanya, memang tak gerak la kereta Ummi....semua sibuk nak duduk atas Ummi...macam mana nak drive hahaha

Dah sampai IOI City Mall, misi mencari ice rink dimulakan. Maklumla, Ummi pun tak pernah pergi lagi skating rink ni. Puas la gak berjalan dari hujung ke hujung sambil dukung Ammar hehe Alya pun dah start complain penat la, itu la, ini la...nak buat macam mana...mall ni besar nak ooiii....kita plak gi parking kat hujung dunia nu haa...hahaha....

Akhirnya, Alhamdulillah berjaya gak sampai hehe dah setel bayar untuk tiket. laju je dia nak ambil kasut sebab dah tak sabar dah ni. Disebabkan Ammar ada, terpaksalah Alya skate dengan aunty su dia je. Nanti sapa plak yang nak tengok si Ammar ni. Ammar kecik lagi, tak bley nak skate sebab kasut pun takde size hahaha

Haaa....1st time ni jejak kaki atas ais hahaha
Tapi muka maintain confident hehe

Sama naik je Alya dengan aunty su hahaha
Dua-dua bergayut kat pinggir rink sebab dua-dua
1st timer hehehe

Alhamdulillah, dengan gigihnya...berjaya diorang
pusing 1 round hehe masuk 2nd round memang nampak
yang diorang dah lebih confident. Alya pun tak nak
dah skate kat tepi sangat, nak ajak ke tengah sikit hehe

Haaa muka puas hati sebab dah boleh skate =)
Terus cakap, Ummi nanti kita datang lagi ye?
I'm superrr excitinggg!!! Hahaha

Ni la gambar kenangan Alya dengan aunty su dia =)
Aunty su pun print gak 1 copy sebab happy dapat skate dengan Alya
Ummi jela yang takde gambar hahaha tapi Ummi pun dapat
gak merasa skate, tukar syif dengan Nawar sebab dia dah penat hahaha

Seronok sangat Alya dapat skate. Dia cakap macam ice princess je hehe tapi kena lebih practice. Bila tanya nak pergi belajar tak? Tak nak plak dia haha macam-macam Alya ni. Ummi kesian kat Ammar sebab tak dapat skate tapi dia lagi seronok sebab dapat berlari-lari lat luar rink tu. Pastu abis perhiasan orang dia cabut hahaha dia kata ball. Nasib la diorang tak marah...layankan ajer hehe

Lepas dah penat skating, apa lagi...lapooorrr le memasing kan? Tanya la Alya dia nak makan apa? Sebelum Alya jawab Ummi dah tau dah apa dia nak makan hehe apalagi kalau bukan macaroni & cheese dia tu. Sebab dah penat, diorang pun dah tak larat nak jalan jauh...tetiba terserempak dengan Kenny Rogers =) apa lagi...masuk jela. Order lah mac & cheese untuk Alya. Ummi pau sket-sket je sebab tekak melayu ni nak cari nasi jugak huhu

Ni lah dia mac & cheese Alya =)

Jadi secara keseluruhan, hari ni Alya puas hati sebab dapat keluar rumah, main ice skating & pegi makan  favorite food dia hehe Alhamdulillah...when the kids are happy...Ummi is more than happy =)

xoxo,

Najah =)
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal