Quack Spa Party Di NS Parlour

Assalamualaikum....

Ya Allah lama betul blog ni ditinggalkan berhabuk je kan huhu...maafkanlah saya, kalot ke sana ke sini sampai terlupa nak kongsi semua kisah-kisah yang menarik dengan korang semua.

InsyaAllah saya akan lebih komited selepas ni (btol ke????) haha insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya ye hehehe okaylah berbalik pada kisah yang saya nak kongsi ni.

Sabtu lepas, 13 Disember 2014, Aaina dan Radhiah merancang untuk mengadakan baby shower untuk Irma. Jadi mereka bercadang untuk mengadakan di NS Parlour. Saya pun rasa sangat happy sebab dapat berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan kan.

Majlis Irma dirancang untuk bermula jam 3 petang, tapi kebetulan hari tu hujan lebat. Maka lambatlah majlis bermula. Pukul 4 baru la tetamu mulai sampai. Since mommy-to-be dah sampai awal, maka kami pun mulalah treatment untuk Irma dulu. Irma dan semua kawan-kawan buat foot reflexology, neck & shoulder massage dan pedicure & manicure.

Mommy-to-be dan ready to be pampered =)

Alhamdulillah semua orang keluar dengan senyum lebar haha mana tak nya, sambil urut dan wat kuku, boleh borak-borak dan gosip-gosip. Yang tengah tunggu turn sibuk dok makan kat luar. Jadi memang semua orang gembira. Maklumlah, bukan senang tau nak dapat kawan-kawan semua berkumpul skali. Dah la tuh, siap dapat buat spa treatment, makan dan yang paling penting dapat catch up dengan kawan-kawan.

Kami yang memberi servis ni pun bukan main lagi kalot nak bagi servis yang terbaik untuk semua tetamu yang hadir. Yela, kalau lama sangat nanti mana sempat diorang nak berjimba kan? Haa jadi kami pun kena la bergerak dengan efisyen supaya semua dapat experience yang best dalam masa yang singkat =)

Masa berjimba hehe Amir & Aqeel pun join skali

Sambil tengah tunggu turn, lain lain macam biasa...posing la dlu kan hehe

Untuk hari ni, makanan yang disediakan adalah bihun goreng, ayam goreng, buah-buahan, air. Lepas tu Shaz bawak victoria sandwich cake yang sedap. Hebat la Shaz!! Hehe sempat lagi dia nak membakar sebelum datang.

Haaa jeles tak tengok kek ni? ;p

Untuk decoration pun diorang semua buat sendiri. Tambah apa yang patut sesuka hati mengikut tema yang dirancang. Tema petang ni adalah quack spa. Jadi kek, door gifts dan cookies pun semua bertemakan itik. Comel plak tu itik ni haha

Comel tak itik-itik yang tengah posing kat atas kaunter tu?

Kek ni dah la comel, sedaaaaapppp sangat.
Rasa tak puas nak makan sebab sangat moist dan
yang paling saya suka sebab rasa oren dia tak kuat sangat

Berseri-seri Irma nak potong kek dia.
Suka la tuh hehe

Oooppsss!!! Ni je baki cookiesyang tinggal haha tak sempat nak
amik gambar dah TERngaapp dulu hahaha

Thanks so much Tatty sebab sudi sponsor kek & cookies yang super delicious ni =) kalau korang berminat, boleh lah order dengan Tatty nanti. Mesti tak menyesal.

Ehh..!! Terlupa plak, sebelum sesi memotong kek ni, kami ada sesi pembukaan hadiah. Hadiah ni semua berdasarkan wishlist yang mommy-to-be bagi aritu. Jadi kami cuba lah untuk mendapatkan apa yang Irma hajatkan =)

Jenuh gak lah Irma nak buka hadiah-hadiah dia aritu.
Macam-macam yang ada dari nursing cover, minyak tropika,
diaper bag, grooming set, dan macam-macam lagi la

Rezeki baby la katakan =)

Masa mak-mak semua ni tengah sibuk berspa, sian kat Amir & Aqeel. Nasib baik ada "Abg" Mael tolong jagakan hahaha memang terbaik la =) Mana tak nya, mama diorang tengah best sangat berspa hehehe nasib "Abg" Mael pun layankan ajer budak 2 orang ni hehe

Hehehe kreatif budak-budak ni guna carpet sebagai track kereta
diorang. Siap parking aeroplane lagi kat tepi hahaha

Alhamdulillah, majlis hari tu berjalan dengan lancar. Walaupun mula lambat, tapi semua orang berpuas hati dan berseronok. Bukan senang nak kumpul semua orang macam ni selalu kan...

Kalau korang pun nak buat party dengan kawan-kawan atau ahli keluarga...jemputlah adakan di spa kami. InsyaAllah kami akan cuba berikan yang terbaik. Korang hanya perlu hubungi kami untuk keterangan lanjut di 019.676.8776 =)

InsyaAllah kami akan berikan yang terbaik untuk kepuasan anda =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal