Lokasi Jerawat Dan Masalah Di Dalam Badan

Saya pasti, mesti ramai di antara kita yang menghadapi masalah jerawat. Tak kira la di muka atau badan. Kalau di badan mungkin tak kisah sangat sebab tak ada orang nampak tapi kalau di muka pasti anda semua resah kan? Tambah plak bagi kaum wanita hehe


Sama lah macam saya. Alhamdulillah syukur sebab saya ni memang jenis yang tak berapa banyak sangat jerawat tapi kadang kala tu dia muncul la jugak. Bila dia muncul tu saya dapat agak dah kat mana dia akan keluar nanti hehe.

Haa nampak tak? Dagu dengan kawasan tepi mulut ni la kawasan
paling subur untuk jerawat saya keluar hahaha

Nampak tak bekas lama pun tak berapa nak clear lagi tapi dah
keluar yang baru dah. Nasib ada Vitamin E Shaklee yang sangat
membantu untuk hilangkan parut. Maklumla, tangan saya ni
memang jenis gatal sikit, Tak bley rasa ada benda yang
tertonjol semua ni hahaha

Dulu saya ingatkan situ memang tempat fevret dia nak keluar, rupa-rupanya lokasi jerawat di muka tu adalah indikasi keadaan badan kita ketika tu. Nak tau lebih lanjut? Jom baca artikel di bawah ni dengan teliti. Lepas tu, cuba anda tengok balik lokasi jerawat anda dengan keadaan anda sekarang hehehe kira buat test kat diri sendiri la kan =)

Lokasi jerawat disebabkan faktor-faktor tertentu

Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

Lokasi 1 & Lokasi 2:
Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

Lokasi 3:
Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu. 

Lokasi 4, Lokasi 5 & Lokasi 7:
Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam. Amalkan mengambil 3L air sehari.

Lokasi 6:
Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan yang kaya dengan Omega-3 (Untuk sumber Omega-3 yang tulen, boleh mengamalkan Omega Guard Shaklee)

Lokasi 8:
Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein. Amalkan mengambil 3L air sehari.

Lokasi 9 & Lokasi 10:
Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

Lokasi 11 & Lokasi 12:
Hormon – Stress dan hormon punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran. (Boleh ambil B Complex kerana ia anti-stress dan juga GLA Complex untuk membantu menstabilkan kembali hormon di dalam badan)

Lokasi 13:
Usus – Sembelit, lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba. (Boleh ambil Alfalfa Complex kerana ia bagus untuk usus dan membantu badan kita untuk detoks. Selain daripada Alfalfa, anda juga boleh mencuba Herb-Lax bagi membantu masalah sembeli yang dihidapi)

Lokasi 14:
Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif. (Boleh ambil Sustained Release Vitamin C untuk meningkatkan ketahanan badan anda)

Jadi sekiranya ada jerawat tumbuh di wajah anda, perhatikan lokasinya kerana ia dapat membantu anda mengatasi masalah dalaman di dalam tubuh anda. Mencegah itu kan lebih baik dari mengubati.

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal