Apa Yang Best Kat NS Parlour?

Dah nama kerja kat spa hari-hari, mesti la macam-macam yang saya dah try kan...hehe kalau orang tanya, apa yang saya suka dengan servis di NS Parlour? Susah saya nak jawab. Bukan apa, semua saya suka hehe


Hari-hari yang letih, apa yang paling saya suka adalah urut badan. Memang lega sangat rasa. Lepas dah siap urut, terus rasa badan ringan saja. Lenguh-lenguh badan pun hilang. Memang lepas urut tu, terus rasa nak tertido hehe punya la relax kan..sedap bila badan kita dipicit-picit dan diurut hahaha

Nak tambah keasyikan...saya suka buat lulur atau body scrub. Haaa...memang puas tengok kulit lepas dah siap lulur. Rasa kulit lebih licin dan halus. Kulit-kulit mati serta daki-daki semua dah hilang sebab ada orang dah tolong sentalkan hahaha


Di NS Parlour, ada beraneka jenis scrub yang digunakan. Ada daripada bunga-bungaan dan juga yang tradisional daripada serai. Yang paling saya suka adalah daripada bunga-bungaan. Bau pun dah sedap dan jadi sangat relax. Lepas tu rasa kulit licin je...best sangat =)


Lepas dah siap lulur, mestila nak mandi susu atau mandi herba kan? Saya ni kan jenis kulit kering. Jadi yang paling sesuai dengan saya mestilah mandi susu. Sebab apa susu? Sebab kita nak melembapkan kembali kulit-kulit dengan kebaikan yang terkandung di dalam susu tu. Memang layan tau...sambil-sambil berendam dalam susu yang suam-suam kuku, pastu campur pulak dengan bau-bauan dari bunga...memang syahdu la. Rasa cam tak nak keluar je dari bath tub tu hehe

Ni lah pengalaman saya di NS Parlour. Nanti saya kongsi lagi ye cerita-cerita best di NS Parlour ni. Bagi yang belum cuba...jemput la datang. Bila dah rasa sendiri baru la tau...setakat baca je saya citer tak best.

Sekali sekala memanjakan diri, apa salahnya...betul tak? Hehehe bagi yang berminat, boleh la hubungi saya untuk temujanji di 019.676.8776 ye. Kalau nak terjah je pun tak ada salahnya, cuma kalau ada pelanggan lain, terpaksa la tunggu sekejap ye =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal