We Are Open!!!


Aaarrggghhh!!!! Super duper excited...akhirnya spa saya telah pun DIBUKA pada Sabtu, 15 November 2014 :) Tak ada grand opening yang vavavoom haha hanya sekadar soft launch yang simple je dengan menjemput rakan karib serta ahli keluarga. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Walaupun banyak lagi yang perlu diperbaiki dan ditambah, tapi saya bersyukur dengan apa yang saya ada buat sementara waktu ini. Alhamdulillah semua cukup untuk saya memulakan perjalanan saya yang semestinya masih jauh lagi.


Bagi korang yang berdekatan, tunggu apa lagi...jemput la datang ke spa saya yang tak seberapa ini =) ni la baby saya yang puas saya dok belai siang malam hahaha tak sangka yang akhirnya dia dah "besar" hehehe emosional beb!! kehkehkeh...

Kami beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 8 malam. Untuk kesenangan anda, boleh la menghubungi kami untuk temujanji di 019.676.8776. Terdapat pelbagai servis yang kami tawarkan antaranya hair treatment, facial treatment, body massage, body scrub, body mask, sauna, milk bath, foot reflexology, pedicure & manicure. Jadi terdapat banyak pilihan untuk anda. Kami juga ada menyediakan pakej-pakej yang menarik untuk anda. Eksklusif hanya di NS Parlour =)

Bersempena dengan pembukaan NS Parlour, kami juga ada menawarkan promosi bagi body massage (RM50), pedicure & manicure (RM50) dan foot reflexology (RM50). Jangan lepaskan peluang keemasan ni ye =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung