Supplemen Dan Menyusu

Assalamualaikum...

Salam Ahad semua =)

Hari ni mesti semua sibuk dengan keluarga. Tak kurang juga yang sibuk shopping, maklumla Year End Sale kan tengah rancak berlangsung hehe mesti ramai yang sibuk mencari keperluan diri dan juga keluarga.

Berbalik pada topik kita kan hehe ada yang mesej saya dan bertanya, saya dah makan supplemen tapi kenapa susu badan saya masih kurang? Perlu ke saya tambah supplemen lain lagi?


Jawapan saya...sebenarnya dalam menyusu badan, apa yang ibu-ibu kena faham adalah konsep Supply vs Demand. Jika demand kurang, maka supply susu juga akan berkurangan. Ini kerana Allah tu Maha Berkuasa. Bagaimana Dia jadikan badan kita ini begitu unik. Cuba ibu-ibu bayangkan, jika di dalam rumah cuma ada kita dan juga anak. Agak-agak, brapa banyak si ibu tu akan masak? Mesti cukup-cukup untuk mereka dua beranak je kan? Kalau masak seperiuk besar, mesti tak habis kan? Membazir...


Haa macam tu la jugak badan kita, kalau baby cuma minum sedikit, breast kita tak kosong. Maka otak kita akan hantar information pada badan untuk menghasilkan kembali berapa banyak susu yang diminum je. Buat apa nak buat banyak sebab nanti tak ada demand. Membazir kan?? Sebab tu kita sebagai ibu kena pastikan yang breast kita sentiasa kosong selepas baby minum.


Memang la baby minum sikit je sebab perut diorang pun kecik je. Jadi kita kena la bantu untuk kosongkan dengan mengepam breast sehingga kosong. Bila breast kosong, otak akan hantar signal pada badan untuk produce kan kembali breast milk supaya penuhkan breast sebab demand dah tinggi.

Jadi bagi ibu-ibu yang risau susu kurang...nasihat saya kerapkan menyusu baby atau mengepam. Masa di dalam pantang adalah masa paling sesuai untuk ibu-ibu membuat stok sebanyak yang mungkin untuk bekalan anak bila ibu-ibu dah mula bekerja.


Bagaimana pulak supplement membantu? Supplement membantu dengan memberikan khasiat yang secukupnya dan seimbang untuk ibu dan juga bayi. Supplement juga membantu ibu-ibu untuk lebih bertenaga dan cergas. Ibu yang kurang stress akan dapat menghasilkan lebih banyak stok susu untuk anak kesayangan.


Kunci untuk penyusuan yang berjaya adalah KERAJINAN, KESUNGGUHAN & TAK MUDAH PUTUS ASA. Jadi, berusaha lah sedaya upaya anda jika anda betul-betul ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak. Semuanya atas diri kita sendiri. Dan menyusu badan ni memang LETIH, PENAT. Banyak yang perlu kita korbankan. Bangun awal pagi untuk membuat stok, korbankan sikit waktu rehat tengahari di pejabat untuk mengepam. Balik kerja terus anak melekat je...tak sempat nak tukar baju pun anak dah cari dan terus melekap.

Tapi...bonding yang terhasil tu susah nak digambarkan. Bau-bauan anak bermain difikiran. Sentuhan anak dan ibu. Memang sangat berharga. Inilah privilege yang kita dapat sebagai seorang ibu =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Papan Tanda

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal