Kembalikan Rambut Cantik Menawan

Rambut adalah aset yang amat berharga. Oleh itu, janganlah anda mengabaikan penjagaannya kerana ia harus kekal cantik, sihat, lebat, hitam dan bersinar. Ada pelbagai jenis rambut bagi setiap orang. Oleh itu, cara penjagaannya juga berbeza-beza. Berikut kami berikan panduan menjaga rambut mengikut jenis-jenisnya yang tersendiri.

RAMBUT NORMAL

Kelembapan dan minyak yang dikeluarkan dari kulit kepala tidak lebih dan tidak kurang. Oleh itu ia sangat mudah untuk dijaga. Hanya gunakan syampu setiap dua hari sekali dan gunakan perapi rambut untuk mengekalkan kelembapannya.

RAMBUT BERMINYAK

Rambut berminyak berpunca daripada kelenjar di bahagian kulit kepala yang aktif. Rambut akan nampak basah dan berminyak sekaligus membuatkan rambut dan kulit kepala cepat kotor. Bahkan liang pori di bahagian kepala juga akan mudah tersumbat akibat minyak yang berlebihan dan punca kepada rambut. Penjagaan untuk rambut jenis berminyak adalah mencucinya dengan lebih kerap agar ia kekal bersih dan cantik.

RAMBUT KERING

Rambut kelihatan kusam dan kering akibat kelenjar minyak yang kurang mengeluarkan minyak. Selalunya rambut jenis ini mudah kusut dan rosak di bahagian hujung. Terlalu kerap menggunakan pengering rambut dan syampu juga boleh mengakibatkan rambut mudah rapuh. Tip penjagaan rambut jenis kering ini adalah dengan membilas rambut dengan air dan menggunakan serum untuk rambut kusam agar rambut kekal lembap dan sihat.


CARA SEMULAJADI ATASI KEROSAKAN RAMBUT

Untuk merawat rambut, kita tidak memerlukan kos yang tinggi cuma perlu luangkan sedikit masa di hujung minggu untuk membelainya. Rambut jika selalu terdedah dengan bahan kimia pun tidak baik. Sesekali gunakan bahan semulajadi untuk merawatnya. Berikut adalah beberapa jenis bahan semulajadi yang terbaik untuk merawat rambut.

Pati Santan


Kaya dengan protein, vitamin B dan C, zink, potassium dan besi yang menjadikan ia masker terbaik untuk rambut. Lumur pati santan ke seluruh rambut dan urut di bahagian kulit kepala. Ambil tuala suam untuk membalut rambut dan biarkan ia selama 15 ke 20 minit. Cuci dan biarkan ia kering.

Minyak Zaitun Dan Telur


Bagi yang mempunyai rambut yang kering dan rapuh di hujung, ambil tiga sudu minyak zaitun dan dua biji telur. Gaul sehingga sebati. Kemudian sapukan dengan rata ke seluruhan rambut dan biarkan selama 20 minit sebelum mencucinya. Minyak zaitun mampu menghidrat rambut dibantu dengan protein di dalam telur yang sangat baik untuk pertumbuhan rambut sihat.

Minyak Badam, Madu Dan Cuka Epal


Masalah utama apabila berambut panjang ialah ia mudah bercabang di bahagian hujung. Usah gusar, gaulkan satu sudu minyak badam, dua sudu madu dan satu sudu cuka epal (gandakan kuantiti untuk rambut yang lebih panjang). Lumur campuran tadi ke seluruh hujung rambut dan biarkan selama setengah jam. Perlu tahu, masker ini tidak boleh memperbaiki rambut bercabang (masih perlu ke salun untuk di trim) tapi ia memberikan zat yang cukup untuk kekal sihat dalam tempoh masa yang panjang.

Cuka Epal Dan Lemon


Tuangkan 1/4 cuka epal dan parutkan sebiji kulit lemon. Lumur ke seluruh rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 minit untuk meresap ke kawasan rambut sebelum mencucinya. Cuka epal mampu membersihkan sisa kimia produk rambut, perapi dan menguatkan lagi setiap batang rambut. Ramuan ini terbaik untuk rambut berminyak kerana ia meneutralkan pH rambut, membunuh bakteria dan merawat kelemumur.

Sumber: Majalah Rapi (Bil 246, 15 Okt 2014)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung