Udang Masak Tiga Rasa
Assalamualaikum...
Kisah udang ni rentetan daripada Gulai Siam Ayam & Rebung aritu. Ada yang tanya saya macam mana nak masak udang tu. Segan plak nak bercerita sebab senang yang amat ahaha semuanya berdasarkan bahan-bahan yang ada dalam fridge je =)
Untuk ibu-ibu yang sibuk dengan anak-anak, sila la cuba ye sebab sambil dukung Ammar pun boleh masak ni. Dengan syarat, bawang sme kena potong siap-siap la, nanti senang nak campak je dalam kuali ahahaha
Bahan - bahannya:
1/2 kilo udang (kalau ada yang besar lagi best)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia (dihiris mancis)
2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji tomato (dihiris baji)
4 helai daun limau purut (bersilat punya pasal sampai saya terlupa nak campak ke dalam kuali ahaha)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara - caranya:
Selamat mencuba! Super senang kan? =)
xoxo,
Najah Salwa
019.676.8776
Kisah udang ni rentetan daripada Gulai Siam Ayam & Rebung aritu. Ada yang tanya saya macam mana nak masak udang tu. Segan plak nak bercerita sebab senang yang amat ahaha semuanya berdasarkan bahan-bahan yang ada dalam fridge je =)
![]() |
Ni la dia trio masakan yang dok bersilat kat dapur tuh =) |
![]() |
Udang Masak Tiga Rasa |
1/2 kilo udang (kalau ada yang besar lagi best)
2 sudu cili kering kisar
1 inci halia (dihiris mancis)
2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji tomato (dihiris baji)
4 helai daun limau purut (bersilat punya pasal sampai saya terlupa nak campak ke dalam kuali ahaha)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara - caranya:
- Bersihkan udang. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Jangan terlalu banyak garam sebab nanti kita akan masukkan sos tiram.
- Panaskan minyak untuk menggoreng udang. Goreng udang suku masak.
- Toskan udang yang telah digoreng.
- Dengan minyak berbaki, tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili kisar. Masak sehingga cili betul-betul masak.
- Masukkan sos tiram, sos cili serta daun limau purut.
- Kacau rata dan biar mereneh seketika.
- Masukkan udang dan bawang besar.
- Gaul rata dan perasakan dengan garam serta gula
- Akhir sekali, masukkan tomato.
- Rasa masam, manis serta pedasnya.
- Kacau rata dan angkat.
Selamat mencuba! Super senang kan? =)
xoxo,
Najah Salwa
019.676.8776
Comments
Post a Comment