Sambal Tumis Udang & Petai
Sejak dari Hari Raya Aidiladha aritu asyik makan daging je kan. Jadi harini rasa cam nak masak menda lain la pulak. Tukar angin skali skala...lenguh rahang mulut ni pun tak habis-habis lagi disebabkan banyak sangat makan daging hehe
Jemput la yer cuba resepi saya yang super senang ni =)
Bahan - bahannya:
Jemput la yer cuba resepi saya yang super senang ni =)
![]() |
Haaa gambar pun agak dramatik sikit... sampai mana udang ngan mana petai pun dah tak boleh nak beza kan? |
Bahan - bahannya:
1 kg udang
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji tomato (sederhana)
Cili kisar
Petai
Minyak
Gula & garam secukupnya
Cara - caranya:
- Bersihkan udang
- Kisarkan bawang merah, bawang putih dan tomato
- Gorengkan udang di dalam minyak untuk seminit. Sekejap je, sekadar untuk matikan air udang
- Toskan udang dan ketepikan
- Guna minyak untuk menggoreng udang, tumiskan bahan kisar.
- Tambahkan cili yang telah dikisar.
- Masak sehingga pecah minyak
- Perasakan dengan garam dan gula
- Masukkan udang dan gaul rata
- Apabila udang sudah 3/4 masak, masukkan petai.
- Jangan masak terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras
Alhamdulillah, begitu lah cara saya menyediakan sambal tumis udang saya. Perasan tak yang saya tak masukkan air asam jawa tapi saya gantikan dengan tomato. Ini kerana tomato sudah mempunyai rasa masam manis. Tapi jika anda suka rasa lebih masam, bolehlah juga masukkan air asam jawa.
Selamat mencuba! =)
xoxo,
Najah Salwa
019.676.8776
Comments
Post a Comment