Homemade Pizza Segera =)

Haaaaa...nama canggih bukan main kan?? Cam iklan kat TV je dah bunyinye tu ahaha sebenarnya ni kisah minggu lepas. Maklumla, Bibik Ana takde...teman Tok balik kampung. Nak tolong kemas-kemas rumah dia, so tinggal la Bibik Isah je kat umah.

Lagipun last week tak ramai yang ada kat umah so masak pun yang segera jela kan...akak ni kan suka je shortcut semua ni kan? Ahahaha layan jela ye...

Tu dia pizza nye...boh cheese sampai
meleleh ke bawah abis ahaha

Dah mama pesan boh toppings tu lebih sikit,
baru la sedap hehe ni la hasilnya =)

Korang jangan la mempertikaikan pizza ni tau sebab ni pun pizza based on bahan yang ada dalam fridge jugak. Sebab tu la semua menda saya letak atas dia ahaha ini la hasilnya hehe jom tengok cane nak buat...senang yang amat je ibu-ibu ooiii...

Bahan - bahannya:

Roti pita
Tomato puree
Cili sos
Mozzarella cheese
Minced chicken / beef
Sausage / hot dog
Bawang merah
Carrot
Parsley
Oregano
Lada hitam
Garam

Cara caranya:
  1. Sediakan bahan-bahan toppings dulu. Parutkan carrot, potong hot dog, parsley & bawang.

    Ikut korang la nak potong macam mana pun.
    Nak guna hot dog daging ke ayam ke...suka hati ye

    Carrot tu saya parut je, tapi jangan yang parut halus tu. Nanti berair.
    Guna yang besar sikit kira jadi cam ala-ala mancis. So senang masak nanti

  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam ke dalam kuali kecil.
  3. Perasakan ayam dengan garam, lada hitam & oregano.
  4. Bila ayam dah agak masak, tutup api dan biarkan sejuk seketika.

    Haa ni la hasilnya.
    Tak payah masak lama sangat sebab nanti
    isi ayam jadi kering sangat

  5. Susunkan roti pita di atas dulang pembakar =) sapukan dengan tomato puree. Tak payah nak masak ke pape dah. Bukak je penutup, terus sapu. Ekspress kan? ahaha kalau nak lebih perisa, boleh gantikan dengan sos bolognese. Tapi kena masak dia sikit bagi agak pekat, kalau tak dia runny sangat. Nanti roti pita tu jadi soggy.

    Saya guna ni je. Pantass hehe
    Kalau korang rajin, masak tomato puree
    ni dengan bawang Holland & oregano sikit
    Bawang tu potong dadu ye =)

  6. Sapukan juga cili sos ke atas roti pita tadi. Maklumla tekak orang melayu, nak jugak rasa pedas-pedas tu sikit kan. Bagi yang suka pedas, letak cili sos je pun ok. Tomota puree tak payah. Bagi saya cili sos yang paling sedap adalah cap Unta. Kat KL ni memang tak de. Yang ada kat Perlis je =)

    Susun jela suka hati kan
  7. Lepas dah letak base sos, taburkan 1st layer of cheese. Saya ni memang peminat cheese. Lagi banyak, lagi bagus kan? Alaa...tak yah risau, #Omegaguard & #Lecithin ada =)

    Don't be cheap on the cheese hehe

  8. Dah tabur cheese, tabur pulak dengan ayam yang kita dah masak tadi tu. Bak kata mama, lagi banyak lagi sedap kan. Terpulang la yer nak banyak mana. Kita yang buat dia.


    Haaa penuh dah pizza ni tapi toppings lain banyak lagi ni


  9. Lapisan seterusnya adalah bawang. Terpulang la nak caramelized kan dulu atau nak letak je terus bawang mentah. Saya letak bawang mentah je tapi saya potong nipis sikit biar dia senang masak.

    Letakla berapa banyak yang korang suka kan

  10. Lepas bawang kita teruskan dengan carrot pulak ye. Carrot ni saya parut, so dia jadi nipis dan panjang. Senang nak masak dalam oven nanti.

    Letak la rata-rata ye. Sebenarnya toppings untuk pizza ni dah tinggi.
    Sebab tu la dah tak boleh nak rata sangat dah hahaha

  11. Okay, dah nak sampai ke penghujung dah jugak. Saya letak parsley. Konon la nak bagi rasa lain sikit.

    Cantik la sikit de color orange dengan hijau. Takdela nampak
    blend sangat kan hehe

  12. Akhir sekali tabur cheese lagi skali kat atas. Ni kira penutup dia la dah. Cheese atas ni suka hati la nak banyak atau sikit sebab kat bawah tadi kan dah letak dah jugak.

    Hambikk!! Banyak ke sikit cheese tu? Ahaha

  13. Haaa...korang perasan tak yang saya terlupa nak letakkan hot dog saya tadi? Ahahaha apa lagi, letak jela kat atas cheese pulak. Nanti korang betulkan la ek. Letak la hot dog tu selepas korang letak ayam ye. Jadi tersorok la dia kat dalam.

    Tadaaa...siap la sudah akhirnya =)

  14. Akhirnya, berjaya gak siapkan pizza ni. Bakar la dalam oven selama 10 minit dengan suhu 180 darjah Celcius. Bila nampak cheese dah mula cair pastu cam dah ada kerak-kerak perang sikit kat atas dia, masak la tu. Kalau lama sangat nanti keras pulak...tak sedap.

Selamat mencuba ye! Boleh ajak anak-anak sekali. Diorang pun boleh letak toppings sendiri ikut selera masing-masing. So be creative ye mommies =)

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung