Tips of the day: Mudah ke toilet

Pernah tak korang rasa sembelit tu macam mana? Perut rasa sebu je...duduk pun tak kena, diri pun tak kena. Nak makan pun jadi takde selera sebab perut tak sedap. Rasa cam nak gi toilet tapi bila dah masuk takde hasil...bagi yang pernah rasa sure dapat bayangkan apa yang saya cuba nak citer ni kan?? Bagi yang takde masalah sembelit ni, baca jela ye repekan saya arini hehehe

Saya ni memang la Ratu sembelit. Tak tau la nape tapi memang sistem perut ni tak berapa elok kot kan. Alhamdulillah sejak mengamalkan Shaklee ni memang dah banyak sangat yang berubah. Malahan semakin elok sebab sekarang ni 2x sehari saya ke toilet tanpa masalah. Pagi sekali, malam sekali...syukur sangat.


Tapi skali skala tu ada la gak kan dia muncul. Apa yang saya buat skarang ni adalah telan HERBLAX. Jika Sang Sembelit menyerang, malam sebelum tido saya akan telan 4 biji Herblax, insyaAllah esok pagi memang saya akan melawat toilet dengan senyum lebar hehehe untuk hari-hari biasa saya akan ambil ALFALFA COMPLEX. Alhamdulillah masalah sembelit saya semakin pulih. Tak payah dah nak tunggu seminggu baru nak jejak toilet.


Ada jugak yang tak nak telan supplements ni semua kan? Bagi yang nak cuba cara semulajadi, saya ada jugak tips untuk anda. Pagi-pagi bila bangun tido, sila la minum air kosong segelas. Lepas tu sebelum sarapan, makan la dulu buah sebelum makan nasi lemak ke, roti canai ke, nasi kerabu ke apa-apa la korang nak makan tu. Yang penting BUAH. Makan dulu buah biar dia masuk pada bahagian bawah sekali dalam perut tu. Buah ni kan fiber, dia ringan, dia pun senang nak cerna. Jadi bila buah ni dah dicerna oleh perut, dia akan tarik sekali nasi, roti canai dan segala yang lain untuk keluar skali. Tak ada la dah yang terkumpul dalam perut tu.


Kalau korang makan buah last sekali, macam mana dia nak tolong tolak menda yang lain keluar. Dia kan ringan, jadi susah untuk dia tolak bahan-bahan yang lain. Nasi, roti canai semua tu lambat sket nak cerna...jadi lambat la nak keluar. Belum sempat keluar, korang dah tambah dah dengan nasi campur, mee rebus la semua kan...

Untuk kesihatan perut anda....makan la buah dan sayur-sayur ye...

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung