Tips Menguruskan Badan

Malaysia sekarang berada pada ranking pertama di Asia Tenggara kerana Obesiti dengan kadar 43.8%. Adoi memang sangat membimbangkan. Bukan nak cakap apa, makanan kat Malaysia ni sedap sangat...sebab tu la susah nak kawal diri kan?

Tambah plak sekarang ni semua orang sibuk dengan kerja dan family sampaikan tak ada masa nak pergi bersenam ke pape kan? Tu yang masalah obesiti tu makin menjadi-jadi je tu. Jadi di sini saya nak kongsi sikit tips diet dan panduan daripada Anne Hashim yang boleh diamalkan bagi anda yang sibuk dengan kerja seharian.

  1. Perkara pertama dan penting yang harus kita lakukan adalah tetapkan jadual untuk kita bersenam.

    Kita harus menganggap jadual senaman kita sebagai satu temujanji penting yang tidak boleh kita bertangguh dan lewatkan.

    Dengan cara ini, kita akan lebih teratur, berdisiplin dan bersemangat untuk melakukan senaman kita.


  2. Pukul berapakah setiap hari kita akan ke tempat kerja kita? Jika jadual kerja kita adalah dari pagi ke malam, kita boleh ubah dan jadualkan waktu senaman kita ke waktu pagi.

    Kita boleh bangun lebih awal setiap hari dan bersenam. Kerana senaman pada waktu pagi seperti berjogging atau senaman jalan pantas boleh membuatkan badan kita rasa lebih segar dan bertenaga.
  3. Ketika berdiet, kita harus mengira jumlah kalori makanan yang kita ambil dan mencatatnya di dalam buku jurnal atau buku nota.

    Tujuannya adalah untuk mengetahui jumlah kalori makanan yang telah diambil setiap hari agar kita tidak melampaui batas yang telah ditetapkan.

    Selain daripada jurnal dan buku nota, kita juga boleh menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar.


  4. Jika kita suka berkunjung ke gimnasium untuk bersenam, kita bolehlah memilih gimnasium yang berdekatan dengan tempat kerja kita. Ini akan memudahkan lagi untuk kita melakukan senaman harian kita.

    Untuk lebih menjimatkan masa, kita juga boleh bersenam di gimnasium ketika waktu rehat ataupun selepas waktu kerja. Oleh itu, tiada lagi alasan untuk kita tidak bersenam.


  5. Kadang-kala untuk kita bersenam seorang diri boleh membosankan. Untuk mengatasi masalah ini, ajaklah rakan-rakan atau saudara-mara kita untuk bersama-sama bersenam dan menjadi lebih sihat dan menjadikan aktiviti bersenam ini lebih menyeronokkan.
  6. Adakah kita masih rasakan tiada masa untuk kita lakukan senaman pada waktu hari bekerja? Apa kata kita lakukan senaman di rumah sahaja?

    Kita sama ada boleh beli peralatan senaman seperti mesin treadmill dan lakukan senaman kita di rumah selepas waktu bekerja.


    Ataupun kita boleh gunakan tangga di rumah kita sebagai peralatan senaman kita. Kita boleh berjalan pantas menaiki & menuruni tangga sebagai senaman harian kita.
  7. Dan jika masih rasakan bahawa waktu di hari kerja amat padat dan singkat untuk kita bahagikan masa untuk bersenam, tak mengapa. Sebab kita boleh lakukan senaman pada hujung minggu.
  8. Pada hari bekerja, apakah makanan yang biasa kita ambil pada waktu makan? Adakah makanan segera seperti ayam goreng, burger dan kentang goreng? Makanan seperti ini sudah pasti akan merosakkan diet kita.



    Jadi adalah lebih baik untuk kita membawa bekal ke pejabat. Selain dapat menjimatkan wang, kita juga dapat mengawal bilangan kalori yang diambil.
  9. Sentiasa pastikan kita mengambil sarapan setiap pagi kerana jika tidak, ia akan membuatkan kita berasa lebih lapar pada waktu tengahari. Dan sudah pasti, kita akan makan dengan berlebihan.

    Sekiranya tidak biasa mengambil makanan berat pada waktu pagi, kita juga boleh mengambil buah-buahan segar seperti epal, pisang dan oatmeal bersama susu segar.

  10. Jangan simpan stok makanan ringan seperti kerepek, kentang goreng dan sebagainya. Adalah lebih baik jika kita membeli buah-buahan segar dan diletakkan di tempat yang mudah untuk diambil


xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung