Tips Kecantikan Dalaman Wanita
Assalamualaikum....
Kebiasaannya kita sibuk cari jalan untuk kecantikan diri kan? Dan selalu kecantikan diri kita focus pada kecantikan luaran tapi sebenarnya kecantikan dalaman juga penting. Bila dalaman kita sihat & cantik, sekaligus semua akan menyerlah keluar dan menampakkan lagi kecantikan asli anda =)
Jom ikuti tips-tips yang saya nak kongsi hari ni....
Minum banyak air
Bukan air Coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tau tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin di dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?
Bersenam
Baik untuk kesihatan..elok untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah
Jangan merokok
Merokok boleh merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika orang memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti orang lebih nak sihat, kan?
Tidur yang cukup
Jangan asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan untuk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam
Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dengan wajah yang bersih
Makan yang cukup tapi bukan berlebihan
Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
Manjakan diri
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan
Elakkan stress
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan
Don't worry, be happy
Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!
Ketawa penghibur duka
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memonyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.
Apa pun, kita sebagai umat Islam, dengan mendekatkan diri kita pada Pencipta adalah cara terbaik untuk membersihkan & mencantikkan hati kita. InsyaAllah seri hati yang bersih & suci akan menyerlah pada wajah =)
xoxo,
Najah Salwa
019.676.8776

Comments
Post a Comment