Mengejar Mimpi Menjadi Realiti (Part 3)
Bila layout dah setel, kontraktor dah setel...sekarang nak kena ke Majlis Perbandaran yang terdekat la. Cam saya ke Majlis Perbandahan Sepang sebab kedai ni jatuh dalam jajahan diorang hehe apa nak buat kat sana? Haa korang kena la mohon lesen untuk buka spa...nanti tak pasal-pasal kena saman plak kan. Kalau korang de wat partition, tambah bilik atau pape pun yang melibatkan ubahsuai kedai, korang kena minta kelulusan dari Jabatan Pembangunan dulu kat Majlis Perbandaran. Nak dapat kelulusan ni nak kena dapat kelulusan dari pihak Bomba gak. Pastu nanti diorang akan bagi 1 sticker untuk korang tampal kat pintu atau dinding depan kedai.
Rasanya tujuan sticker ni untuk bagitau yang kita tengah wat renovation & dah di acknowledge oleh Majlis Perbandaran. This is what I thought la kan...tak lau la apa reason sebenarnya sebab aritu tak ingat nak tanya dengan pegawai tu hehehe
![]() |
Ni la sticker yang kena tampal tu |
Rasanya tujuan sticker ni untuk bagitau yang kita tengah wat renovation & dah di acknowledge oleh Majlis Perbandaran. This is what I thought la kan...tak lau la apa reason sebenarnya sebab aritu tak ingat nak tanya dengan pegawai tu hehehe
Pada masa yang sama, korang kena sediakan drawing kedai untuk dapat kelulusan daripada Bomba & Jabatan Pembangunan. Untuk drawing tu korang boleh je minta Jabatan Pembangunan yang buat atau kalau korang dah ada arkitek, boleh je minta arkitek yang buat. Arkitek tu kena yang berdaftar dengan Arkitek Malaysia pastu pelukis pelan tu kena la yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran. Saya malas nak cari-cari arkitek semua, so just minta Jabatan Pembangunan je yang lukiskan. Senang citer & harga pun reasonable. Diorang caj RM1800 untuk sediakan drawing pastu siap gi submit kat Bomba sme. Saya cuma perlu tunggu keputusan dia jela.
![]() |
Ni la drawing yang dia buat, size A1 |
Untuk diorang lukiskan, korang cuma perlu bagi dia S&P pastu lakaran ubahsuai kedai korang tu la. Dah siap drawing, dia akan panggil untuk korang tandatangan je pastu yang lain diorang tolong setelkan. Selain bayaran untuk lukis pelan, ada lagi yang perlu dibayar. Untuk sticker tadi tu RM10, pastu permit bahan binaan..bla bla bla...semua dalam RM250, cagaran untuk pembinaan RM1000. Cagaran tu boleh claim balik, once dah siap je semua renovation, dah cantik...just amik gamba & tunjuk kt pegawai Majlis Perbandaran then bley claim balik la duit cagaran tu.
![]() |
Sebelah kiri tu pelan asal...sebelah kanan pelan baru dengan penambahan partion, bilik, etc |
![]() |
Ni pandangan hadapan & belakang kedai |
Serentak dengan proses lukis pelan semua ni, korang boleh dah submit borang untuk minta lesen perniagaan. Ada la beberapa syarat yang ditetapkan untuk spa. Contohnya:
- Pintu masuk kenalah diliputi cermin telus bagi satu per empat permukaannya dan tidak berkunci sewaktu perniagaan.
- Tidak menyekat keseluruhan tempat, tidak berbilik
- Pengasingan bilik tempat mengurut dengan pintu ayun atau kain langsir sahaja ( tidak melebihi 2m)
Banyak lagi la syarat-syarat lain, korang boleh tanya kat Majlis Perbandaran masing-masing ye. Kot-kot lain daerah atau negeri lain plak syarat-syarat dia kan.
![]() |
Ni la borangnya |
Antara dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan, gambar pasport, salinan S&P dan salinan pendaftaran perniagaan. Bagi yang nak daftar dengan syarikat SDN BHD, kena la sediakan memorandum, borang 24 & borang 49 syarikat. Pastu ada lagi la dokumen-dokumen lain yang diperlukan. Jangan lupa, korang kena gak attach skali kelulusan pelan pembangunan atau resit pembayaran dari Jabatan Pembangunan.
![]() |
Borang untuk iklan atau signboard |
Dah ada kedai, mestilah ada signboard kan? Nanti tak jumpa plak orang nak cari kedai kita tu. Nak buat signboard kena la ada lesen gak. Dah ada lesen, sah-sah lah ada syarat yang kita kena ikut. Tapi banyak je yang kita tengok orang buat signboard yang tak ikut pun syarat-syarat ni...kesimpulannya diorang tak minta lesen la. Men buat je sesuka hati. Jadi, tepuk dada tanya la hati... =)
Rasanya nih jela kot yang korang perlu buat berkaitan dengan lesen perniagaan. Kalau ada pape yang saya terlepas...maaf kan lah yer hehehe
Bersambung....
xoxo,
Najah Salwa
019.676.8776
Comments
Post a Comment