Mengejar Mimpi Menjadi Realiti (Part 2)

Aritu kita citer sampai mana ek? Haaa...bab layout kedai tu kan?? Okay, lepas korang dah kompom layout korang macam mana...sila la cari kontraktor untuk buat semua ubah suai kat kedai korang tu. Tapi sebelum proceed, check la dulu dengan tuan kedai (bagi yang menyewa), boleh tak nak ubah suai kedai tu...ada sesetengah owner tak bagi..ikut la kan...

Macam saya memang kedai sendiri, jadi ikut suka suki saya la kan. Senang citer...tak yah nak pening. seterusnya, sila la cari kontraktor yang dipercayai. Ada macam-macam jenis tau kontraktor ni, ada yang kita bayar upah ikut bilangan hari bekerja je, ada yang kita bayar gaji based on kerja apa yang dia buat tapi barang-barang semua kita beli sendiri. Kalau nak yang lagi senang, cari kontraktor yang dia buat semua. Kerja kasar & juga cari barang-barang untuk proses ubah suai tu la. Cam saya, saya upah kontraktor ikut apa yang saya nak dia buat tapi bahan binaan semua saya yang beli.


Untuk kontraktor ni plak, saya de tanya hubby bibik yang memang keje wat umah semua ni, berdasarkan layout yang saya bagi tu...dia quote kan RM26k...errrkkk!!!! pengsan rasa biler dengar huhu memang kami cari kontraktor lain la kan...RM26k tu baru upah je tau, batu...simen...pasir...segala mak nenek yang lain tu kira asing. Fuuhhh!!! Misi mencari kontraktor lain pun diteruskan. Sampai ke Kedah nuuunn haa saya cari. Alhamdulillah jumpa, dia caj RM16k untuk upah tapi barang saya beli. Syukur sangat sebab Mummy berjaya pujuk kontraktor untuk dia serap sikit, batu bata dia beli tapi yang lain saya kena sediakan untuk dia. Dia cakap jela apa yang dia perlu kan...Okay la kan, jimat dah tu RM10k kat situ. Bukan senang beb nak cari RM10k tu kan...pengsan!!!


Bila semua dah setuju maka proses pengubahsuaian pun bermula la....Pastikan semua yang dah dipersetujui tu jelas. Lagi bagus kalau bertulis ke pape la kan tapi saya men cakap mulut je semua. Alhamdulillah semua jelas dengan apa yang dia kena buat dan bila kita nak dia siapkan. Kalau tak, jenuh la dok tunggu diorang siapkan. Letakkan satu tarikh akhir jadi dia pun senang la nak bajet kerja dia camne kan...

Mulai haritu apa yang kita perlu buat? Berdoa la banyak-banyak moga kerja-kerja kita dipermudahkan dan tak ada lah masalah-masalah yang rumit timbul sepanjang proses pengubahsuaian. Macam saya sangat bertuah sebab boleh katakan, hari-hari Mummy pergi tengok, apa progress, apa yang tak cukup, mana yang salah, mana yang betul...kalau harapkan saya...errrmmmm...xtau la nak cakap hahaha bukannye reti sangat bab-bab kerja ubah suai ni kan hahaha...

Bersambung...

xoxo,

Najah Salwa
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung