Jom kurus cam saya..amboiiiihhh!!! hahaha

Assalamualaikum....

Selamat berpuasa semua. Tak terasa tapi kita dah menghampiri pertengahan perjalanan berpuasa kita. Cepat sangat masa berlalu sekarang ni.Jadi, pada bulan ni gak mesti para ibu & isteri pening memikirkan lauk apa yang nak dimasakkan untuk keluarga kan? Haaa....tu la jugak dilemma saya tiap hari hehe tapi bila bab makan ni, otak ni ligat je memikir huhu sampaikan ada yang cakap, Najah hari-hari makan makanan berlemak..kari la, masak lemak la huhu tak takut berat naik ke?

Haaaa tu la korang tak tau....saya ada rahsia tau! Walaupun makan banyak, berat alhamdulillah tak naik tapi stabil je malah baju lama-lama pun dah boleh pakai. So....sila la jeles ye...okay la, since kita ni di bulan puasa kan, so saya share la sket "RAHSIA" saya. Nanti boleh la kita melaram bersama di pagi Raya dengan baju-baju idaman kita kan?? Hehehe

Ni la transformasi yang saya lalui dengan Slimming Set Shaklee =)

Haaaa....nampak tak dalam gambar BEFORE tu? Bukan main lagi saya posing senget untuk "mengecilkan" badan tapi nyata tidak berjaya ahahaha jadi korang pun boleh, percaya lah...tapi saya nak gitau awal-awal, saya memang ambil masa yang agak lama untuk susut sebab......makan TIDAK pernah nak sekat. Ku telan je segala apa yang melintas huhu tapi jika anda serious, nak nampak result dia cepat...sila amalkan diet yang sihat & bersenamlah...seminggu 2 kali pun dah cukup. Toksah cakap banyak la...meh kita kongsi sket perjalanan saya dengan Slimming Set Shaklee ye =)

Okay, saya mula ambil slimming set ni masa saya berpantangkan anak kedua saya, Ammar. Saya just tambahkan LECITHIN di dalam Set Berpantang saya sebab ESP & ALFALFA adalah milk booster saya =) Jadi, dalam masa yang sama saya dah dapat keuntungan berganda di situ...menyusa dan juga untuk mengurangkan berat badan =)


Setelah habis berpantang, saya sangat kagum sebab saya dah DAPAT PAKAI jeans saya sebelum mengandung. Cayalah...masa tu memang sengih sampai ke telinga la kan haha seingat saya, masa anak sulung dulu, saya amik masa 6-7 bulan jugak untuk muat balik jeans lama. Dan sekarang ni, jeans lama tu saya dah tak boleh pakai kerana sangat longgar. Saya cuma boleh pakai jeans ketika SEBELUM berkahwin. Alhamdulillah...syukur sangat =)


Selepas habis pantang, saya terus tambah OMEGA GUARD untuk tambah lebih power hehe dan apa yang saya perasan, sejak tambah Omega kesannya lebih ketara. Terutama pada hari-hari yang saya makan makanan berminyak seperti satay, KFC atau yang bergoreng, apabila saya membuang air kecil, kelihatan seperti partikel-partikel minyak pun turut dikumuhkan sekali. Saya rasa cukup lah cerita air kecil yea...jika anda nak tau apa saya perasan ketika membuang air besar, boleh la email atau PM/Whatsapp saya hahaha...nanti takut mengganggu perasaan orang lain yang membaca plak ahahaha

Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan keputusan yang saya dah kecapi. Saya bermula dengan 81.25kg iaitu berat ketika melahirkan Ammar dan selepas seminggu berpantang, berat saya dah turun ke 78kg. Sekarang berat saya 60kg dan saya masih cuba untuk menurunkan lagi 5kg untuk mencapai berat ketika berkahwin hehehe jadi jumlah berat yang saya dah hilang adalah 21kg huhu memang tak pernah sangka pun akan berjaya macam ni.

Meh kita tengok macam mana Lecithin ni mengemulsi lemak-lemak di dalam badan kita

Walaupun berat saya masih belum mencapai berat ketika berkahwin, tapi saya dah BOLEH pakai baju ketika kahwin dulu!! Haaaaa....magic tak? Kenapa ek? Sebabnya konsep Shaklee ialah dengan menghilangkan inci-inci di badan dulu, baru lah berat berkurangan. Kenapa berat lambat turun?? Kerana lemak-lemak di dalam badan telah dipecahkan dan bertukar kepada otot. Otot pula adalah lebih berat daripada lemak. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai Lemak VS Otot pada entry saya yang terdahulu.

Sekarang, saya tambahkan CINCH SHAKE pulak di dalam rutin harian saya. Bersempena bulan puasa ni, Cinch ni memang saaaaaangaattt saya suka. Nak tau kenapa?? Cuma 2 scoop Cinch Shake dah membuatkan perut saya kenyang. Bila makan nasi, sesenduk nasi je dah membuatkan saya rasa macam makan seperiuk nasi huhu feeling se'eh tu berlarutan sampai lah nak tido malam..rasa macam baru je lepas berbuka. Masa sahur pun jadi tak boleh nak makan banyak sebab perut masih kenyang. Korang memang patut cuba Cinch Shake ni bagi yang betul-betul serious nak menurunkan berat badan! Kita tengok resul bila Raya nanti ye hehe =)

Jadi, ni lah kisah perjalanan saya dengan Slimming Set Shaklee, perjalanan anda?? Pasti lebih manis dari saya kan?? Jom kongsikan bersama. Bagi yang belum mencuba, apa kata bagi peluang pada Shaklee untuk membantu anda, InsyaAllah kajayaan milik kita bersama...chewah!! hehehe Walau apa pun, pastikan anda memilih kaedah slimming yang BETUL, TEPAT dan BERKESAN!

Bagi yang berminat untuk mencuba, anda boleh bermula dengan Slimming Set ini. Ini adalah titik permulaan saya. Bagi yang ingin mencuba yang lain, saya cadangkan Slimming Set Terbaik ini...memang power!!

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh la menghubungi saya melalui email: najahsalwa@gmail.com atau SMS/Whatsapp 019.676.8776

xoxo,

Najah Salwa Ismail

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung