Cantiknyaaa kulit orang Korea ni!!
Assalamualaikum...
Semalam masa tengah nak tukarkan channel kat TV, macam mana ntah terbukak channel ONE HD pastu de la citer pe ntah. Maklumla dah lama xlayan citer Korea ni so dah jadi tak minat..tapi bukan nak cakap pasal citer...nak bagitau yang saya rasa jeles tengok cantik mulusnye la kulit orang Korea ni. Memang truely flawless. Maybe la de yang kata diorang tu artis & banyak buat plastic surgery tapi biler terserempak dengan orang Korea kat Malaysia ni pun memang nampak yg kulit diorang sangat cantik...jeles btol rasa hehe jadi, jom kita tengok antara tips yang kita bley praktikkan untuk mendapatkan kulit yang cantik cam diorang ni....
Tips Kulit Cantik Seperti Orang Korea
1. Rawat Kulit Pagi & Malam
Rawatan yang paling basic adalah mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit. Jika pakai make up, tanggalkan make up dengan menggunakan make up remover atau baby oil, especially malam sebelum tido. Pastikan tiada yang tertinggal.
Semasa mencuci muka, lakukan urutan muka dengan perlahan-lahan bagi melancarkan perjalanan darah pada bahagian muka.
Jika anda masih tercari-cari set penjagaan kulit, cubalah rangkaian set Nutriwhite Shaklee kerana ianya natural & selamat.
2. Pemakanan Yang Sihat
Makanan yang mengandungi lemak dan garam yang tinggi boleh memberikan kesan tidak baik pada kulit muka. Jadi cuba sebaik mungkin untuk kurangkan pengambilannya. Gantikan makanan yang berlemak kepada makanan yang lebih sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sebab itu jika kita lihat kulit orang Korea kebanyakannya cantik dan mulus kerana mereka banyak makan makanan yang rebus, kukus serta panggang yang sememangnya kurang dengan lemak. Bandingkan dengan pemakanan kita, kari, goreng, dan masak lemak yang kurang seimbang.
Serat adalah satu unsur yang penting. Serat boleh di dapati daripada unsur sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Ia membawa keluar toksin dari dalam badan. Toksin yang berlebihan boleh beri akibat pada kulit, terutama kulit muka.
Bagi yang tidak suka makan sayur, bolehlah mengambil pelengkap makanan tambahan seperti Alfalfa Complex atau Herblax untuk membantu membuang toksin daripada badan.
3. Tidur Dengan Baik
Enjoy masa tidurmu. Tidurlah sekurang-kurangnya 6 jam sehari. Dapatkan tidur yang berkualiti iaitu jauh dari sebarang gangguan.
Simpan telefon dan tutup TV. Elakkan daripada memikirkan masalah sebelum tidur. Makin banyak masalah, makin banyak kerutan yang terhasil. Akhirnya, kulit muka yang akan kedut seribu. Oh ya, jangan lupa untuk menutup lampu bilik ketika tidur kerana badan akan menghasilkan hormon baik untuk memberi pertahanan kepada tubuh badan. Sekaligus, menjaga sel-sel badan dari rosak.
Selain daripada itu, ambillah juga segelas susu sebelum tido bagi membantu untuk mendapatkan tido yang lebih berkualiti dan nyenyak agar badan berasa lebih segar pada hari esok. Jika anda tidak boleh minum susu, maka seharusnya anda mencuba Ostematrix Shaklee. InsyaAllah anda akan mendapat tidur yang lebih lena demi kesihatan tubuh dan juga kulit anda.
4. Penganbilan Vitamin Dan Mineral
Sumber terbaik semestinya daripada bahan semulajadi seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Tapi malangnya, zaman ini agak sukar mendapatkan sayur dan buah yang segar. Jadi, untuk melengkapkan khasiat ini, ambillah makanan tambahan. Pastikan juga makanan tambahan ini adalah dari sumber yang natural dan semulajadi seperti Sustained Release Vitamin C Shaklee di mana 1 tablet bersamaan dengan 7.5 biji buah oren. Vitamin C umum diketahui sangat baik untuk kulit. Menjadikan kulit kurang cela, tona sekata dan bersih.
Atau Vitamin E Complex yang tinggi dengan kandungan antioksidan. Ia membantu untuk memulihkan kesan atau parut hitam akibat jerawat.
Energizing Soy Protein (ESP) juga amat baik untuk kulit. Ia membantu merangsangkan pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Jadi sel-sel rosak dan mati akan digantikan segera. Kesannya kulit tak kering, nampak lembap dan gebu.
Untuk mendapatkan kulit yang cantik, haruslah bermula dari dalam. Amalkan pemakanan yang seimbang bersama bantuan makanan tambahan untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik, berseri-seri serta menawan. Usahlah ditutupi kulit yang bermasalah dengan make up yang tebal tetapi hadapilah masalah tersebut. Anda pasti berjaya!!
xoxo,
Najah Salwa
019.676.8776
najahsalwa@gmail.com
Comments
Post a Comment