Diet vs Kerja Rumah

Okay...entry kali ni special dedicated untuk semua Stay At Home Mommy (SAHM) cam saya la hehe..mesti ramai mommies yang berfikir sorang-sorang kan...

"Hari-hari aku ni dok buat kerja rumah teruk-teruk...tapi tak jugak turun berat badan ni...nak kata makin fit pun tak jugak fit, lagi semput lagi adalah..."

Saya percaya mesti ada mommies yang terlintas benda yang sama gak kan? Hari-hari dok rumah penat oOoOo....(ni memang ikhlas dari hati sebab dah experience sendiri, memang takde full stop dengan kerja rumah ni). Bukan sikit kerja rumah yang kena buat...basicnya mesti kena menyapu, mengemop, basuh baju, lipat baju, gosok baju, masak, layan kerenah anak-anak and the list goes on and on....ni tak masuk lagi bila anak tumpahkan makanan or air...mainan yang bersepah...macam-macam lah kan...

Tetapi kenapa lah aku ni masih tidak kurus? Bukankah aktiviti-aktiviti di atas membakar kalori? Saya pernah terbaca yang kita perlu merombak senaman kita sekali dalam 2 minggu supaya badan kita sentiasa terkejut dengan rejim senaman yang baru. Hal ini samalah dengan permasalahan di atas. Aktiviti-aktiviti di atas, sekiranya kita lakukan buat pertama kalinya mungkin boleh dikira sebagai senaman, dan sudah pasti berat badan akan turun beberapa kilogram dalam masa sebulan, namun percayalah selepas itu berat anda tidak akan turun lagi. Betol x? Mommies perasan x? Mesti ada yang bertanya, "Kenapa ek?"

Ini kerana, kerja-kerja rumah tersebut, apabila dilakukan berulang-ulang kali, akan berubah menjadi apa yang dikenali sebagai “rutin” – badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim tubuh tidak berkurangan; ketahuilah bahawa turun berat badan sebenarnya dikira sebagai rugi oleh tubuh badan kita. Meskipun pada kita turun berat badan itu bagus untuk mendapatkan BMI yang ideal, tetapi badan kita menganggap sebaliknya. Analogi mudah, anggap sahaja berat badan kita seperti wang di bank, bukankah penyusutan jumlah wang itu sesuatu yang merugikan?

Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori, namun ia tidak membakar lemak secara efektif. Untuk membakar lemak, kita kena pandai ‘menipu’ tubuh badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus ‘tertipu’ untuk membakar kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang tidur! Inilah resepi kejayaan “weight/fat loss” yang ramai mungkin tak nampak. Terdapat 2 perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ‘rutin’ ini:

  1. Rajin-rajinlah bersenam (kardio + kekuatan), jangan terlalu bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi rutin untuk menurunkan berat lemak.
  2. Dengan sedikit modifikasi (kerap) ke atas aktiviti-aktiviti yang sudah menjadi rutin tersebut, anda boleh menipu tubuh anda lalu boleh menurunkan berat badan dengan konsisten.

Saya pun sebenarnya tak pernah terfikir pasal ni..saya pun ingat selama ni kerja-kerja rumah ni dah kira macam senaman..tapi kenapa lah tak fit-fit jugak haha...bila turun naik tangga rumah nih memang terasa semput gak la kan hihi...kenapa?..sebab tu la...kena gak masukkan rutin exercise yang berbeza dari rutin harian..huhu..

Okeyla..saya nak masuk tidur...lewat pulak hari ni...mentang-mentang lah esok cuti, cuti means abi balik so budak-budak dah tak kisah dengan ummi, semua nak berkepit dengan abi je hehe legaaaaaa ummi hehe bila lagi kan...??? So for now.....good night semua..sweet dreamssss....

xoxo,

Najah
019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung