Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum....

Entry saya kali ni adalah sambungan pada entry saya sebelum ini...jadi janganlah kita cepat putus asa yeah kerana setiap titik susu yang keluar adalah rezeki yg telah ditetapkan olehNya..maka mari kita berusaha sambil menadah tangan memohon padaNya..Dan perlu ingat usaha itu tidak semudah yang disangka..kecekalan, azam, yakin padaNya..insyaAllah misi anda akan berjaya. Semua kena tahu konsep Demand vs Supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan....dan di bawah ini saya senaraikan 11 tips atau langkah gerak gempur yang anda boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan di bulan Ramadhan. Khas dari seorang ibu menyusu, MommaMia...

1. Kerapkan menyusu / mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan tunggu payudara penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak air
  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir bayi, fikir susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
5. Berdisiplin
  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tandum pumping
  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik. Sekarang ni saya pasti ramai yang dah menggunakan pump Medela Freestyle so lagi senang nak buat tandum nursing ni.
7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dapat 3.5oz sebelah payudara, buat marmet boleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...
8. Menyusu / mengepam lebih lama
  • Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat let down 2-3x tau!! Tak percaya buat!! Konsisten + disiplin + istiqamah
9. Penyusuan malam
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
11. Pengambilan supplement
  • Antaranya ESP (Energizing Soy Protein). Jika anda berminat dengan pengambilan supplement, bolehlah mencuba makanan tambahan semulajadi daripada Shaklee. Inilah favorite saya yang saya amalkan untuk saya sekarang =)
Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi)
Selamat meneruskan perjuangan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak. Doa saya sentiasa mengiringi anda dalam apa jua hajat dan impian anda. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pelindung dan penolong.

Credit: MommaMia; beliau salah seorang dari puluhan jutaan ribu ibu menyusu diluar sana yg sedang berjuang di bulan penuh mulia ni dan juga Kak Cery

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung