Petua Banyakkan Susu
Okaylah...malam ni saya nak buat marathon pasal susu ibu...jika sebelum ni tips untuk menyusu, kali ni macam mana nak banyakkan susu pulak...petua kali ni tak guna supplement hehe...kiranya kita pegi cara tradisional pulak okey...
Setiap ibu perlu tahu yang kunci utama utk memastikan susu sentiada ada adalah kena kerap pam / direct feeding....tetapi bukan itu je, ada banyak lagi perkara lain yang perlu dititikberatkan. Perkara lain tu kita rungkaikan pada entry yang lain pulak okey...jom kita tengok apakah antara petua untuk banyakkan susu ibu...
- Banyakkan minum air / jus buah-buahan / makanan bersup.(sehari dlm 2liter++)
- Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
- Banyakkan makanan berprotein. Protin penting kerana komposisi utama dalam susu ibu ialah protein dan protein diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yang sihat. Sebab tu saya sangat suka dengan ESP (Energizing Soy Protein). Alternatif kepada ESP adalah Mealshake.
- Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis-nipis) campur dengan air asam
- Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
- Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari
- Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih.
- Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu. Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
- Makan lebih sayur-sayuran ..especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti brokoli, lobak putih, celery, sawi putih, peria, ulam pegaga, ulam jantung pisang, bayam...pendek kata sayuran hijau lah...
Akhir kata...jangan lupa menadah tangan memohon dariNya kerana susu ibu itu rezeki dan rezeki itu hak Allah. Sedikit atau banyak titisan susu ibu yang mengalir,hanya Dia yg menentukannya. Elakkan mengeluh kerana mengeluh itu menjauhkan dari rahmat Allah. Banyakkan bersyukur dan beristigfar. Dan ingatlah perjalanan penyusuan setiap ibu itu berbeza. Saya doakan yang terbaik utk semua ibu-ibu di luar sana. Dan moga ada rezeki tertulis untuk saya melalui perjalanan yang indah ini juga kerana hanya Dia yang mengetahui yang terbaik buat saya dan anda semua..Amin..
xoxo,
Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776
Comments
Post a Comment