Set Berpantang

Pengambilan vitamin ketika berpantang adalah penting bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Ini kerana, ibu-ibu masih lagi dalam kesakitan kesan luka jahitan, badan yang lemah akibat kehilangan banyak darah ketika proses kelahiran, emosi yang tidak stabil dan ditambah pula dengan ragam bayi mengangis, sememangnya amat memenatkan.

Stress atau meroyan yang sering dikaitkan dengan ibu berpantang, bukanlah sekadar mitos tapi memang benar. Justeru, para ibe mestilah menyiapkan diri secara fizikal dan mental untuk menangani masalah tersebut. Oleh itu, pengambilan vitamin sangat bagus untuk menstabilkan emosi serta memberi tenaga kepada para ibu sekalian.

Set Berpantang Shaklee terdiri daripada:

  1. B Complex
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. Zinc Complex

Apakah Kepentingan Vitamin-Vitamin Ini?

B Complex
  • Bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya B for Beauty.
Vitamin C
  • Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaikpulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.
Vitalea
  • Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh yang sukar diperoleh oleh tubuh kerana ketika berpantang kebanyakkan makanan perlu dielakkan (pantang makanan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan darah yang telah hilang ketika proses bersalin. Para ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
Zinc Complex
  • Sangat penting untuk membaikpulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink adalah ikan haruan. Sebab itulah orang-orang tua dahulu menyarankan ibu-ibu yang berpantang untuk memakan ikan haruan adalah kerana ia kaya dengan zink. Namun, disebabkan agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari tambahan pula dengan harganya yang agak mahal, pengambilan zink adalah pilihan yang tepat. Zink juga membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung