Product Info: Basic H

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Ada orang tanya saya BASIC H tu apa..? Saya kata ianya pencuci serbaguna.. =) Memanglah sekarang ni ada macam-macam pencuci serbaguna tapi, tahukah anda yang kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan? Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung di dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Tetapi dengan BASIC H.. anda selamat kerana ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meninggalkan kotoran berminyak, dan berkepekatan berganda. Di bawah ini adalah antara sebahagian dariada 1000 kegunaan Basic H.

Sebagai pencuci
  • Cuci tandas, cuci lantai, cuci dinding, cuci pinggan
  • Cuci kesan gris dan minyak
  • Rendam baju especially baju baby. Rendam 4-5 hari pun tak berbau
  • Bilas tudung
  • Basuh botol susu dan segala jenis botol

Merendam sayur dan buah
  • Bukan sahaja memisahkan bendasing dari sayur atau buah, tetapi ia juga meneutralkan pestisid dan pengawet yang digunakan terhadap sayuran atau buah tersebut

Kegunaan keluarga
  • Ubat ulser mulut. Celupkan Basic H menggunakan putik kapas & letakkan pada bahagian ulser
  • Memandikan bayi dan kanak-kanak
  • Ubat gigi. Titikkan 2-3 titik Basic H ke atas berus gigi dan berus seperti biasa
  • Untuk tuam semasa demam
  • Mandikan anak-anak dengan Basic H untuk menghalang gigitan nyamuk
  • Sebagai pencuci tangan
  • Digunakan kepada anak-anak yang menghidap ekzema

Berkebun
  • Air siraman tumbuh-tumbuhan yang ‘berkhasiat’. Titiskan beberapa titik ke dalam botol spray yang diisi air biasa dan spray ke pangkal pokok-pokok di taman
  • Sebagai penghalau serangga perosak. Sama seperti cara di atas cuma sembur ke bahagian batang dan daun
  • Basuh tangan dengan Basic H sebelum memulakan kerja berkebun

Kegunaan rumah
  • Menghilangkan bau busuk ikan. Cuma spray saja ke dalam tong ikan
  • Titikkan setitis ke dalam seterika stim bagi menjaga kebersihan bahagian dalamnya
  • Membersihkan kesan getah atau gula-gula getah

Sangat banyak kegunaan Basic H ni. Nak list lagi dah tak larat haha Basic-H juga dikenali sebagai pencuci 1001 guna. You’ll know when you have it in your home. Dah tak perlu benda lain lagi dah.


xoxo,

Najah
Shaklee Independent Distributor [ID: 893828]
najahsalwa@gmail.com
SMS/Whatsapp: 019.676.8776

Comments

Popular posts from this blog

[Review] Skincare by Skindom

Ciri-ciri, Bentuk Dan Warna Najis Yang Ideal

Gulai Siam Ayam & Rebung