Product Info: Vitamin E Complex
Perbezaan ShakleeMengandungi 10mg Selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
Apakah Selenium?
Mengikut jadual berkala (macam kelas kimia masa sekolah dulu), selenium mewakili no.atom 34 yang mempunyai symbol Se. Selenium adalah termasuk dalam kumpulan zat gizi mikro iaitu jumlah yang diperlukan dalam tubuh kita adalah sedikit tetapi mempunyai peranan yang sangat besar terhadap system biologi badan manusia. Ia diambil dalam kuantiti yang sedikit namun ia member kesan yang besar pada badan kita.

Apabila selenium diambil bersama vitamin E, ia akan berfungsi sebagai antioksida yang melambatkan proses pengoksidaan asid lemak tak tepu dan menyahkan radikal bebas dalam badan (pencemaran, asap rokok, terdedah bahan kimia).
Di dalam Vitamin E Complex Shaklee juga mengandungi ekstrak biji anggur. Seperti yang kita tahu, terdapat banyak manfaat di dalam ekstrak biji anggur. Jadi, apakah kelebihan esktrak biji anggur ini?
- Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
- Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia
- Berupaya menurunkan kadar LDL (Low Density Poliprotein) kolestrol
- Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
- Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
- Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
- Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
- Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah
Manfaat Utama
- Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain
- Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka
- Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut jerawat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha
- Anti oksidan yang kuat - Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor dan mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak dan masalah penglihatan
- Kelestarian tenaga - Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
- Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan saluran darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi
- Menghalang keguguran - Merawat musculus pectoralis fibriosis otot dada, sindrom pra-haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran
- Memperbaiki parut - Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut
Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.
Adakah anda mengambil Vitamin E dengan cukup?
Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam & 500g badam

Kekurangan Vitamin E
Kekurangan Vitamin E akan menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.
Bagaimana Terlebih Vitamin E
Vitamin E bertindak sebagai antokoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancar.
Pengambilan Vitamin E yang berlebihan mungkin menyebabkan dan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.
Adakah Vitamin E selamat?
Kekurangan Vitamin E akan menyebabkan sel darah merah menjadi rapuh dan meningkatkan penghasilaan radikal bebas dalam tubuh. Lalu menjadikan tubuh kita mudah rosak disebabkan oksidasi.
Bagaimana Terlebih Vitamin E
Vitamin E bertindak sebagai antokoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancar.
Pengambilan Vitamin E yang berlebihan mungkin menyebabkan dan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.
Adakah Vitamin E selamat?
Di dalam buku "Prescription For Longevity" yang ditulis oleh Dr James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3200IU.
Comments
Post a Comment