Posts

Showing posts with the label Si Manja Sihat

Lagi-Lagi Omega...Bila Nak Habis Ni??

Image
Bulan ni kan bulan Omega, memang banyak la nak citer pasal Omega ni. Jadi korang sabar jela ye sebab saya memang suka sangat dengan Omega. Tu yang nak kena kongsi macam-macam sampai korang mimpikan Omega Guard !! Hahahaha Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. Sumber Omega 3 Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik. Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nut...

Tergempar!! Harga Minyak Ikan TURUN!!!

Image
Assalamualaikum.... Bulan November ni adalah bulan yang paling best tau! Nak tau kenapa? Sebab bulan ni ada DOUBLE PROMOTION  daripada Shaklee =) Apa yang double promotion? Bulan OMEGA GUARD pulak yang dilelong! Harga memang tak yah cakap la...jatuh terjelepuk beb! Semua orang teruja sangat, mana tak nya...minyak ikan terbaik di dunia tu... Seperti yang kita tahu, banyak manfaat minyak ikan ni dan ianya disarankan untuk semua golongan daripada kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu, dewasa lelaki mahupun perempuan serta warga emas. MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA Kenapa Omega Guard Shaklee  adalah minyak ikan terbaik di dunia? Omega Guard adalah minyak ikan yang paling tulen di dunia. Setiap kapsul omega mengandungi 7 spektrum penuh asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard membekalkan 1000mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA. Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembu...

Resepi Mealshakes Shaklee

Image
Assalamualaikum semua =) Bulan ni kan masih lagi berlangsung promosi untuk Mealshakes. Jadi hari ni saya rasa nak kongsi la sikit antara cara-cara penyediaan Mealshakes. Bukan apa, ada mommies yang memang tak nak melepaskan peluang untuk merebut promosi BELI 3 PERCUMA 1  ni tapi bila memikirkan si anak yang liat sangat nak minum, membuatkan si ibu tadi jadi berbelah bagi. Memang betul, ada kanak-kanak yang memang boleh rasa yang kita masukkan sesuatu selain daripada susu dia dalam botol susu tu hahaha memang hebat budak-budak ni.. Jadi, sebab itu lah saya terpanggil untuk berkongsi cara lain, bagaimana kita boleh bagi anak kita amik Mealshake ni dengan senang. Cara-cara pengambilan Mealshake : Mealshakes + Air Sejuk Mealshakes + ESP Mealshakes + ESP + Performance Drink Mealshakes + Jus Oren Mealshakes + Milo Mealshakes + Fresh Milk Mealshakes + Horlicks Mealshakes + Minuman kegemaran Aiskrim Mealshakes Agar-agar M...

Cara Makan Omega Guard Untuk Kanak-kanak

Image
Assalamualaikum... Salam hari Ahad....dah malam-malam ni baru sempat nak meng"update" blog. Maklum la, siang tadi sehari kat kedai. Ingatkan keje-keje ubah suai dah siap, rupanya hari ni ada plak masalah lain yang mendatang. Macam-macam dugaan & cabaran nak bukak spa ni kan hehehe nasib baik sebelum ke kedai pagi tadi dah telan B Complex dengan Sustained Release Vitamin C siap-siap. Jadi takde la rasa stress sangat hehe Okaylah, jom kita berbalik pada citer Omega Guard. Seperti yang anda semua sedia maklum, Omega Guard adalah supplement yang mesti ada untuk setiap keluarga. Kenapa? Kerana Omega Guard sangat baik untuk bayi, kanak-kanak, remaja, ibu bapa serta warga tua. Seisi keluarga boleh berkongsi kebaikan minyak ikan terbaik ini. Bagi yang belum pernah mencuba Omega Guard, mesti tertanya-tanya macam mana lah rupa bentuk omega ni kan? Omega berbentuk bujur dan diperbuat daripada kapsul jernih yang mengandungi minyak ikan. Apa yang hebat sangat Omega Gu...

Promo September 2014: Collagen Powder & Mealshake

Image
Pelik la Shaklee ni kan...orang lain semua sibuk nak naikkan harga, tapi dia siap bagi promosi. Bukan takat promosi biasa, siap promosi berganda...2 produk tau yang Shaklee bagi promosi bulan ni iaitu Shaklee Collagen Powder dengan MealShake Shaklee .  Promosi ni memang khas untuk ibu-ibu dan wanita-wanita yang nakkan kulit yang lebih cantik, mulus semua la. Semua pun untuk kebaikan diri dan juga suami masing-masing. Betul x? Promosi collagen ni sama cam promosi sebelum ni iaitu BELI 6 PERCUMA 1 . Jadi, boleh simpan untuk dijadikan stok la untuk 3 bulan setengah...kalau tak pun, boleh pakat dengan kawan-kawan kongsi sorang 2 kotak hehe 2 minggu je dah nampak perbezaannya Jeragat pun dah makin pudar dengan Shaklee  Collagen Powder Tadi dah teruja kan? Ni de lagi 1 yang pasti buat mak-mak lagi teruja...Mealshake sekarang pun tengah promosi. Biasanya sebulan je kan? Tapi kali ni Shaklee buat untuk 2 BULAN ! Tudia...memang sayang betol Shaklee kat pelanggan-...

Ar-Rayyan Kids Sport's Day

Image
Saya ni selalu je lambat nak update kan?? Hahaha ceritq yang 2 bulan lepas baru teringat nak kongsi...tu pun sebab dok tengok gambar-gambar dalam fon ni...aiisshhh..tapi bak kata nenek saya " better late than never " hehehe Untuk pengetahuan semua...sport's day merupakan yang pertama bagi Alya & Ummi jugak (lepas bergelar Ummi la hahaha). Punya la blur Ummi ni kan...dah nama pun sport's day, mesti la pakaikan Alya kasut sport kan?? Ummi ni blasah je pakaikan Alya sandals dia ahahaha sian Alya...nampak sangat dia segan ngan kawan-kawan yang lengkap dengan sports attire hehe tapi Alya still slamber je... Ummi & Alya moment hehe Sport's day Alya ni berlangsung dalam dewan bola tampar di Seksyen 4, Shah Alam. Best sangat sebab tak panas ahaha...kalau tak memang mengamuk gak la Alya kan sebab abis berpeluh...ni memang tenang jela sebab dalam dewan ni pun ada aircond, kira sedang elok jela kan... Alya dengan kawan-kawan. Diorang pun ada gak ber...

School Holiday: Kidz Paradise, The Mines

Image
Assalamualaikum.... Cuti sekolah dah bermula, mesti mommies & daddies sibuk pikirkan mana nak bawak kiddos gi holiday kan?? Ya Allah...syukur sangat sebab saya ni WAHM, jadi saya boleh bawak anak-anak keluar gi jalan-jalan...tak de la diorang bosan je kat rumah kan... Tapi yang dekat-dekat boleh la sebab mencabar gak lah nak drive kete dengan si Ammar ni..asyik-asyik nak tido...tido...huhu pantang btol nampak Ummi dia pegang stereng hahaha dengan itu, Ummi ada request untuk Abi..." Abi, kita kena ada chauffeur la kot skang ni kan?? Hahaha " Perangai Ammar ni dari kecik lagi memang gitu...dia tak tahan naik kete lama-lama tanpa Ummi di sisi huhu dari kecik memang mencabar btol bawak kete dengan dia huhu sabo jela.... Haaa ni la dia tempatnye... (Gambar: FB Kidz Paradise Sdn Bhd) Okay, berbalik pada topik kita. Semalam seharian kami di The Mines selepas Ummi setelkan keja-keja Ummi =) Sampai je The Mines, terus kami ke tingkat 4 untuk ke Kidz Paradise ni. Sebena...