Posts

Showing posts with the label Power Pumping

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Image
Assalamualaikum.... Entry saya kali ni adalah sambungan pada entry saya sebelum ini...jadi janganlah kita cepat putus asa yeah kerana setiap titik susu yang keluar adalah rezeki yg telah ditetapkan olehNya.. maka mari kita berusaha sambil menadah tangan memohon padaNya ..Dan perlu ingat usaha itu tidak semudah yang disangka..kecekalan, azam, yakin padaNya..insyaAllah misi anda akan berjaya. Semua kena tahu konsep Demand vs Supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan....dan di bawah ini saya senaraikan 11 tips atau langkah gerak gempur yang anda boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan di bulan Ramadhan. Khas dari seorang ibu menyusu, MommaMia... 1. Kerapkan menyusu / mengepam Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah s...

Power Pumping

Image
Apa itu Power Pumping? Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu. Siapa yang perlukan Power Pumping? Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain-lain Kaedahnya? Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam. Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam...