Posts

Showing posts with the label Motherhood

It's Make Over Timeeee...!!!

Image
Assalamualaikum..... Ada yang tanya saya...buat apa kat spa hari-hari? Setiap hari sibuk dengan pelanggan ke? Hehehe ada hari memang full house , ada hari sempatlah lagi kami nak main-main =) Kalau asyik kerja jer mestilah bosan kan... Haa ni lah kisah main-main make up  kami hari tu hehehe Mula-mula kita  try  kat muka Lilis dulu hehehe cantik tak? Lain kan muka dia?Siap setkan rambut, memang tak tahan haha seronok tau main-main  make over  ni...yela, sambil-sambil perasan  make up  muka, boleh lah diperbetulkan  step  dan  skill  yang kita ada. Takkan lah nak tunggu muka  customer  baru nak baiki kesalahan kan? Bila kat diri sendiri, banyak yang kita boleh cuba &  eksperiment  kan hahaha Inilah dia transformasi Lilis hehe Bila Lilis dah setel. tumpuan beralih lah kat saya plak...ayooo!!! takde tempat dah nak lari ni. Saya ni memang jenis malas nak make up  semua ni haha selalunya s...

"Lunch Date" dengan Alya di Italiannies, Alamanda

Image
Assalamualaikum.... Antara kelebihan apabila menjadi SAHM , WAHM atau menjalankan perniagaan sendiri adalah fleksibiliti mata. Jadi kita boleh susun jadual kerja supaya dapat kita selitkan aktiviti bersama anak-anak. Tidak semestinya perlu tunggu hujung minggu atau pada cuti sekolah sahaja. Dan tak semestinya aktiviti dengan anak itu perlu untuk dibawa bercuti je. Macam-macam yang kita boleh buat dengan mereka walau sekadar untuk keluar makan =) Pada Jumaat lepas, saya dan Alya menjalankan aktiviti girls day out  kami =) Hanya kami berdua je. Bukan ke mana pun, sekadar lunch di Italiannies dan juga membeli barang keperluan di AEON Big, Alamanda hehe Jadi, saya nak kongsi la sikit pengalaman lunch date  kami hari tu.... Bila dah sampai Alamanda, saya tanya la Alya nak makan apa? Seperti yang saya jangka, mesti dia akan jawab dia nak makan macaroni & cheese . Ni kira makanan kegemaran dia lah. Tapi macaroni & cheese  dia ni unik sket sebab alfredo  d...

Aktiviti Cuti Sekolah

Image
Cuti persekolahan dan sampai ke penghujung dah ni...mesti muka dah monyok balik dah budak-budak sme ye hehe sama la macam Alya, dah dok kira hari je bila nak kena ke sekolah balik =) Tapi syukur Alhamdulillah, sempat jugaklah luangkan masa dengan dia semasa cuti sekolah ni. Takdelah dia bosan sangat lepak kat rumah je dengan bibik & adik Ammar hehe Dalam dok pikir-pikir apa lah yang nak buat dengan Alya ni, tetiba teringat yang kat IOI City Mall, Putrajaya ni ada ice skating rink . Alya tak pernah lagi cuba...mesti dia suka sebab selalu tengok dalam TV je kan? Ni dia bley cuba sendiri...bila bagitau dia, punya la dia excited  hahaha sampai tak dan-dan (bahasa utara untuk tak nyempat-nyempat hihi) dah Ummi ni nak bersiap hehe Haaa nampak tak muka keterujaan masing-masing Nasib la aunty su  dia ada, bley la tolong bawakkan kereta. Kalau macam ni gayanya, memang tak gerak la kereta Ummi....semua sibuk nak duduk atas Ummi...macam mana nak drive  hahaha Dah s...

Quack Spa Party Di NS Parlour

Image
Assalamualaikum.... Ya Allah lama betul blog ni ditinggalkan berhabuk je kan huhu...maafkanlah saya, kalot ke sana ke sini sampai terlupa nak kongsi semua kisah-kisah yang menarik dengan korang semua. InsyaAllah saya akan lebih komited selepas ni (btol ke????) haha insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya saya ye hehehe okaylah berbalik pada kisah yang saya nak kongsi ni. Sabtu lepas, 13 Disember 2014, Aaina dan Radhiah merancang untuk mengadakan baby shower  untuk Irma. Jadi mereka bercadang untuk mengadakan di NS Parlour. Saya pun rasa sangat happy sebab dapat berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan kan. Majlis Irma dirancang untuk bermula jam 3 petang, tapi kebetulan hari tu hujan lebat. Maka lambatlah majlis bermula. Pukul 4 baru la tetamu mulai sampai. Since mommy-to-be  dah sampai awal, maka kami pun mulalah treatment untuk Irma dulu. Irma dan semua kawan-kawan buat foot reflexology, neck & shoulder massage dan pedicure & manicure . Mommy-to-be  da...

Supplemen Dan Menyusu

Image
Assalamualaikum... Salam Ahad semua =) Hari ni mesti semua sibuk dengan keluarga. Tak kurang juga yang sibuk shopping, maklumla Year End Sale  kan tengah rancak berlangsung hehe mesti ramai yang sibuk mencari keperluan diri dan juga keluarga. Berbalik pada topik kita kan hehe ada yang mesej saya dan bertanya, saya dah makan supplemen tapi kenapa susu badan saya masih kurang? Perlu ke saya tambah supplemen lain lagi? Jawapan saya...sebenarnya dalam menyusu badan, apa yang ibu-ibu kena faham adalah konsep Supply vs Demand . Jika demand kurang, maka supply susu juga akan berkurangan. Ini kerana Allah tu Maha Berkuasa. Bagaimana Dia jadikan badan kita ini begitu unik. Cuba ibu-ibu bayangkan, jika di dalam rumah cuma ada kita dan juga anak. Agak-agak, brapa banyak si ibu tu akan masak? Mesti cukup-cukup untuk mereka dua beranak je kan? Kalau masak seperiuk besar, mesti tak habis kan? Membazir... Haa macam tu la jugak badan kita, kalau baby cuma minum sedikit, breast kita...