Posts

Showing posts with the label Cabaran Penyusuan

Jom kurus cam saya..amboiiiihhh!!! hahaha

Image
Assalamualaikum.... Selamat berpuasa semua. Tak terasa tapi kita dah menghampiri pertengahan perjalanan berpuasa kita. Cepat sangat masa berlalu sekarang ni.Jadi, pada bulan ni gak mesti para ibu & isteri pening memikirkan lauk apa yang nak dimasakkan untuk keluarga kan? Haaa....tu la jugak dilemma saya tiap hari hehe tapi bila bab makan ni, otak ni ligat je memikir huhu sampaikan ada yang cakap, Najah hari-hari makan makanan berlemak..kari la, masak lemak la huhu tak takut berat naik ke? Haaaa tu la korang tak tau....saya ada rahsia tau! Walaupun makan banyak, berat alhamdulillah tak naik tapi stabil je malah baju lama-lama pun dah boleh pakai. So....sila la jeles ye...okay la, since kita ni di bulan puasa kan, so saya share la sket " RAHSIA " saya. Nanti boleh la kita melaram bersama di pagi Raya dengan baju-baju idaman kita kan?? Hehehe Ni la transformasi yang saya lalui dengan Slimming Set Shaklee =) Haaaa....nampak tak dalam gambar BEFORE tu? Bukan mai...

Sumber Protein Soya Terbaik Non-GMO

Image
Assalamualaikum... Dah 5 hari dah kita di bulan March ni kan..saya baru berpeluang nak gebang pasal promosi kita di bulan ni. Seperti yang anda semua dah sedia maklum...bulan ni adalah bulan ESP (Energizing Soy Protein). ESP ni memang antara HOT SELLING item dari Shaklee...kenapa hot sangat?? Apa yang best sangat?? Meh kita berkenalan... ESP ni adalah protein jenama Shaklee. Tiada flavor ya...Shaklee serahkan flavor tu kat kita..kalau rasa nak minum float, bancuh ESP dengan cordial Sarsi, kalau rasa nak minum sirap bandung..bancuh ESP dengan sirap..memang marvelous la =) Bukan sebab Shaklee kedekut nak tambah perasa coklat ka perasa anggur ka...tapi sebab nak mengekalkan keaslian soya, ketulenan soya..chewahh. Memang ESP ni antara hot stuff di kalangan customer saya, malah saya sendiri wajib minum ESP setiap hari. Dan yang menambahkan keyakinan saya apabila mengetahui fakta-fakta tentang ESP...memang pilihan terbaik. Ni yang saya nak kongsikan dengan you all...ada yang saya pern...

Punca Susu Merudum

Image
Assalamualaikum mommies sekalian.... Majoriti besar mommies yang menyusu akan segera mencari alternatif ingin membeli milk booster jika susu merudum...risau dok fikir nak makan apa untuk banyakkan susu...normal lah tu kan....kerana rata-rata yang call saya ingin membeli supplement kerana sedang mengalami susu merudum.... Entry kali ni saya sekadar ingin berkongsi info tentang punca kenapa susu kurang..kerana nanti kalau kita makan milk booster dan susu still down...sure stress dan lagi tension...kan kan? Jadi, jom kita semak punca-punca susu sedikit atau takde langsung: Stress (Semua orang alaminya...baik ibu yang bekerjaya atau yang bekerja di rumah 24 jam Teknik penyusuan yang salah...contoh aerola tu tak lekap habis ke mulut babu..baby dok hisap puting je Kurang pam..atau dalam maksud yang lain tidak cukup rangsangan daripada bayi. Ni apply kepada ibu-ibu yang bekerja....sepanjang siang tak jumpa baby...sepatutnya kena rajin pam..ni skip sesi pam atau pam kurang dari...

Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Image
Assalamualaikum.... Entry saya kali ni adalah sambungan pada entry saya sebelum ini...jadi janganlah kita cepat putus asa yeah kerana setiap titik susu yang keluar adalah rezeki yg telah ditetapkan olehNya.. maka mari kita berusaha sambil menadah tangan memohon padaNya ..Dan perlu ingat usaha itu tidak semudah yang disangka..kecekalan, azam, yakin padaNya..insyaAllah misi anda akan berjaya. Semua kena tahu konsep Demand vs Supply. Lebih banyak rangsangan kepada payudara, lebih banyak susu akan dihasilkan....dan di bawah ini saya senaraikan 11 tips atau langkah gerak gempur yang anda boleh amalkan sepanjang menghadapi cabaran penyusuan di bulan Ramadhan. Khas dari seorang ibu menyusu, MommaMia... 1. Kerapkan menyusu / mengepam Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. Perah s...

Salam Ramadhan

Image
Assalamualaikum.... Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan untuk semua. Jadi pada hari ini saya nak berkongsi pengalaman berpuasa saya dengan Shaklee... Since semalam adalah 1st day kita berpuasa, dengan bersemangatnya pukul 4.15 pagi dah terjaga dengan sendiri hehe thanx to Mr Ostematrix yang banyak membantu saya untuk mudah bangun pagi :) First thing yang saya buat bila dan terbangun tuh adalah masak nasik sebab nasik belum masak lagi untuk sahur ahaha malam sebelum tuh terus tertido sambil nak tidokan ammar...so after dah masak nasik baru la dok godek-godek fridge tengok apa yang ada hehe sebab shopping untuk stock masak tak beli lagi so hentam sajalah apa yang ada kan....last-last menu simple je...ikan bilis goreng + bawang + cili kering and telur dadar ahaha...walaupun lauk simple tak hengat tapi laju gak makan pagi-pagi...memang licin...rasa lapa cam berbuka plak hehe...lepas tu saya akhiri sahur saya dengan segelas Mighty 3 Gems (ESP + Mealshake + P...

Doa Memperbanyakkan Susu

Image
Assalamualaikum... Najah nak berkongsi dengan pembaca semua doa untuk memperbanyakkan susu..setelah segala usaha yang kita lakukan serta ikhtiarkan..haruslah disusuli dengan doa. Mohonlah pertolongan daripadaNYA sesungguhnya Dia lah Yang Maha Berkuasa dan segala ketentuan adalah di atas NYA...

Power Pumping

Image
Apa itu Power Pumping? Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tetapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu. Siapa yang perlukan Power Pumping? Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk merangsang penghasilan susu Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat daripada perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain-lain Kaedahnya? Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam. Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam...

Membekalkan Perahan Susu Ibu (EBM) Ke Pusat Asuhan

Image
Mari kita bincangkan cara-cara untuk bekalkan EBM ke Pusat Asuhan. Pastikan kita menerangkan cara-cara menggendalikan susu ibu (EBM) kepada pengasuh. Kepada yang mendapat pengasuh yang sudah mahir selok beloknya, lebih mudah :)  Setibanya di rumah, mulakan proses dengan mengasingkan EBM yang diperah di tempat kerja tadi sebanyak 4 oz setiap botol dan letakkan kesemua EBM ke dalam bahagian sejuk peti ais (bahagian bawah).  Pada sebelah malamnya lebih kurang jam 11 malam, keluarkan 3 botol EBM beku yang bertarikh paling lama dari bahagian beku. 3 botol EBM beku tadi letakkan dalam sebuah bekas yang berisi air paip dan masukkan ke dalam bahagian sejuk peti (bawah). Cara ini membantu EBM beku tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginya. Susunkan 3 botol 'fresh EBM' dan 3 EBM yang dicairkan semalaman mengikut tarikh dan masa. Kemudian saya akan melabelkan setiap botol. Seawal jam 5 pagi bangun mengepam, selepas mengepam, mulakan proses memindahkan EBM ...

Cara Penyimpanan Susu Ibu

Image
Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul  untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama. Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:   bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A) bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware) breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut: Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan an...

Tips for Breastfeeding Mommies

Image
SUSU IBU MERUDUM ? Untuk ibu-ibu yang menyusu..amat mustahak untuk mengetahui punca-punca susu merudum seperti stress, musim-musim period, kurang kalori, baby beralih bulan or growth spurt (time ni normally baby akan consume lebih banyak dari biasa)...dan banyak lagi faktor-faktor lain yang akan memberikan effect yang besar pada pengeluaran susu…...jadi apa yer yang ibu-ibu boleh buat untuk menangani masalah ini? Makan makanan seimbang…especially yang kaya dengan protein Drink barley-based drinks such as homemade barley water Consume plenty of dark green vegetables (sayuran hijau) Pengambilan air yg mencukupi; about 2-3 liter setiap hari Routine pumping (minimum 6x sehari pam) Ambil natural milk booster jika perlu….contohnya alfalfa, ESP, etc Apply power pumping technic - pump for 10 minutes - rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes and so on and so forth. Do this for about an hour, sekali sehari. Hasilny...

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Dengan kerap

Image
Kepentingan penyusuan susu ibu dengan kerap untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi Memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu Susukan bayi dengan kerap pada setiap masa yang terluang semasa anda bersama bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya Jangan gunakan puting kosong Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan  risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan yang asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu botol Bagi ibu bekerja Susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada ha...