Posts

Showing posts with the label Batu Hempedu

Khasiat & Kelebihan Barli

Image
Assalamualaikum.... Salam hujung minggu semua. Apa plan korang untuk hari ni? Cuti sekolah pun dah nak abis dah ni. Sibuk mengemas barangan keperluan sekolah anak-anak ke? Ke masih ada yang berseronok bercuti dengan keluarga? Hehehe Harini saya nak citer pasal barli la sket. Ntah macam mana teringat nak tanya Mr Google pasal barli ni, pastu terjumpa info-info yang menarik. Apa salahnya saya kongsi dengan korang pulakkan =) Barli ni memang salah satu minuman kegemaran saya. Tak kira la sejuk atau panas. Semua saya layan je. Malah bubur barli pun memang sangat sedap =) Ia mempunyai banyak khasiat bukan setakat untuk di buat minuman tetapi juga untuk kesihatan badan. Kebiasaannya, air barli digunakan untuk mengubati panas badan. Jadi, mari sama-sama kita ketahui apakah khasiat lain yang tidak kita ketahui. Barli mempunyai khasiat yang tinggi kerana mengandungi sumber yang mengandungi Molibdenum, Mangan, serat pemakanan, dan Selenium. Barli juga merupakan sumber yang baik te...

Penyakit Batu Hempedu, Tanda & Jenis-jenisnya

Image
Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. Bagaimanapun, menurut Dr. Abd. Hamid Mat Sain, jika hempedu anda tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. "Proses ini akan mengambil masa selama beberapa tahun. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Anda mungkin mempunyai seketul atau bera...